Itu kapal perang LCS sebenar, kata bekas panglima

Itu kapal perang LCS sebenar, kata bekas panglima

Seorang laksamana tentera laut tampil menjelaskan bahawa kononnya pelancaran kapal tempur pesisir (LCS) di Lumut pada 2017 dilaksanakan untuk menipu dan menggelirukan rakyat adalah tidak benar.

Sebaliknya, panglima tentera laut ke-16, Laksamana Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, pelancaran dan penamaan sesebuah kapal perang sebelum ia siap dibina sepenuhnya adalah amalan dan tradisi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Ia telah diamalkan sejak sekian lama. Bukan pertama kali di Lumut pada tahun 2017.



“Malah, ini juga amalan biasa di negara-negara lain,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikongsi di laman Facebook.


Kamarulzaman Ahmad Badaruddin

Sebagai contoh, bekas npegawai kanan tentera itu berkata, semasa pelancara LCS yang dibina oleh Naval Group untuk kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Perancis – kapal berkenaan juga belum siap sepenuhnya.

Semalam, Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein menjadi kecaman orang ramai susulan kenyataannya bahawa kapal LCS pertama akan diperoleh dalam tempoh dua tahun lagi.



Ini kerana semasa bertugas sebagai menteri pertahanan kali pertama pada 2017, dia mengumumkan ketibaan kapal LCS yang pertama ketika itu.

Bagaimanapun kini didedahkan bahawa kapal-kapal tersebut sebenarnya tidak pernah disiapkan.

Ketika itu, Hishammuddin memaparkan gambar yang dikatakan sebagai LCS 1 Maharajalela di Twitter dan mengalu-alukan perolehannya ke dalam armada TLDM.

Mengulas lanjut, Kamarulzaman berkata, dia terpanggil untuk memberi fakta sebenar supaya rakyat tidak terus keliru dengan kenyataan sesetengah pihak yang bersifat populis dan politiking.



“Jadi tuduhan kononnya pelancaran LCS di Lumut pada 2017 dilaksanakan untuk tipu dan kelirukan orang ramai, tidak benar.

“Malah, saya perlu beritahu orang ramai bahawa yang dilancarkan di Lumut ketika itu ialah kapal LCS sebenar yang sedang dalam proses pembinaan, bukan dummy. Ini termasuk mast yang dikatakan palsu.

“Semua ini turut dijelaskan semasa sesi PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) sebelum ini. Jadi janganlah ada pihak sengaja timbulkan isu demi kepentingan sendiri sehingga sanggup mengelirukan orang ramai,” katanya sambil menjelaskan dirinya hadir pada upacara berkenaan.

Semalam ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tentang kapal LCS, antaranya Lim Guan Eng yang mempersoalkan bagaimana menteri pertahanan itu boleh mengalu-alukan ketibaan kapal yang tidak wujud ke dalam TLDM. Mk

Itu kapal perang LCS sebenar, kata bekas panglima


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker