Fad Bocey turun pangkat?

Fad Bocey turun pangkat?

Penyampai radio dan pelawak Fad Bocey tidak pernah terlintas pertukarannya mengendalikan segmen Sembang Squad di Hot FM dari segmen pagi bersama AG dan Fara Fauzana sebelum ini sebagai ‘turun pangkat’.

Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam, 31, berkata, sebagai penyampai dia perlu bersedia dengan sebarang peralihan mengikut kontrak yang sudah ditetapkan.

“Tugas sebagai penyampai radio perlu fleksibel. Dalam kontrak kerja juga sudah dinyatakan mengenai sebarang pertukaran dan saya perlu sentiasa bersedia.



“Saya hormati keputusan pihak pengurusan dan tidak pernah rasa ‘downgrade’ sebab setiap segmen ada cabaran dan kepentingan tersendiri. Kalau ada berfikiran begitu, terpulanglah.

“Apa paling penting saya gembira dan tiada apa yang perlu dipertikaikan, bukannya gaji saya dikurangkan. Kalau gaji berubah mungkin lainlah ceritanya,” katanya.

Menerusi segmen itu, Fad digandingkan dengan Fizi Ali dan Sembang Squad bersiaran jam 3 petang hingga 7 malam.

Menurut Fad, gandingan bersama Fizi memberi satu kelainan baharu buat dirinya kerana mudah untuk mencipta keserasian dan masing-masing faham dengan tugas diberikan.



“Saya rasa bertuah digandingkan dengan Fizi kerana dia seorang yang mudah didekati dan tiada masalah bekerjasama meskipun tidak pernah duduk dalam satu konti bersama.

“Fizi ada kepakaran dan pengalaman tersendiri dan begitu juga saya. Kami sama-sama kongsi ilmu. Tapi dalam hal teknikal saya banyak serahkan kepada Fizi kerana dia mempunyai lebih banyak pengalaman sebagai penyampai radio,” katanya.

Tambah Fad, meskipun pertukarannya ke segmen petang menyukarkannya untuk menerima tawaran lain, namun karier pelawak masih menjadi keutamaan.

“Keutamaan saya masih lagi sebagai pelawak. Jika ada undangan saya akan berbincang dengan pihak pengurusan dan mereka tidak ada masalah untuk saya terbabit dengan mana-mana program lain.



“Berlakon pula saya akan tolak secara baik kerana komitmen masa. Kalau ada telemovie yang penggambaran tidak lama saya akan terima. Saya perlu imbangkan semua tugas,” katanya yang sudah lima tahun berkhidmat sebagai penyampai radio. HM

Fad Bocey turun pangkat?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker