Ke kedai, pasar raya, restoran beratur setiap hari, mengundi 1 hari tak boleh? soal Ahmad Maslan


Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mempertahankan cadangan parti itu supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan ketika ini, namun hanya selepas banjir dan vaksinasi Covid-19 mula dilaksanakan.

“Jika boleh ke kedai, pasar raya, restoran beratur setiap hari kenapa tak boleh cuma satu hari beratur mengundi dengan SOP ketat?” soalnya dalam catatan di Twitter.

Malah, Ahmad menegaskan PRU di ambang pandemik ini akan memanfaatkan media sosial sebagai platform kempen, justeru beliau tidak melihat ia tidak boleh dilaksanakan.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyelar kenyataan Ahmad yang membuat perbandingan antara tukang parut kelapa dengan pemegang ijazah doktor falsafah mengenai PRU15.



Dalam program wacana ilmu bersama Umno Perak disiarkan di Facebook, Ahmad berkata beliau menonton rakaman video seorang pemarut kelapa yang tidak bersetuju PRU diadakan kerana Covid-19.

Beliau turut memberi contoh beberapa negara sudah melaksanakan pilihan raya seperti Amerika Syarikat dan Singapura ketika di ambang pandemik.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno baru-baru ini menggesa PRU15 diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada situasi Covid-19. FMT

Orang beratur panjang ambil borang KWSP musim pandemik sebab kerajaan letak syarat – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker