Orang beratur panjang ambil borang KWSP musim pandemik sebab kerajaan letak syarat – Najib

Orang ramai yang dipaksa beratur untuk memohon pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semasa pandemik disifatkan peraturan tidak masuk akal.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa ramai rakyat kecewa dan marah terutama menerusi media sosial.

Ada kata bantuan tidak cukup dan ada marah kerana ia bersyarat, katanya dalam ucapan tahun baharu malam tadi.



Menurut Najib, ‘kemarahan’ rakyat juga dilihat dalam isu kegagalan kerajaan menyediakan pelanjutan moratorium dan menyifatkan pihak bank enggan bertimbang rasa.

“Kuasa buat keputuan bukan ditangan saya, saya hanya mampu membawa suara rakyat dan beri tekanan kepada kerajaan,” ujarnya.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan ancaman penularan Covid-19 yang berterusan termasuk bilangan kes baharu meningkat di negara ini.

“Saya berdoa jumlah kes tidak melonjak 5,000 sebab vaksin hanya diberi kepada 70 peratus rakyat Malaysia pada akhir tahun depan, ini bermaksud Malaysia terus dicabar,” katanya.



Najib juga berharap sistem kesihatan tidak tumbang walaupun terkejut mendengar bilangan petugas barisan hadapan yang dijangkiti Covid-19. MG

Beratur panjang di KWSP boleh, takkan tak boleh beratur untuk mengundi?



Related Articles

One Comment

  1. Moratorium perlu dipohon oleh mereka yang memerlukan sahaja bukan diberikan secara automatik kepada semua peminjam seperti yang berlaku sebelum ini. Bukan semuanya tidak mampu membayar hutang mengikut jadual asal. Ramai yang saya kenal, termasuk saya sendiri masih mampu menbayar hutang seperti yang dijadualkan. Penyata hutang kami jadi agak “tunggang lamggang” pada bulan 6 yang lepas bila moratorium secara automatik diberikan kepada ke semua peminjam, sama ada yang mampu atau yang tidak mampu.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker