Beratur panjang di KWSP boleh, takkan tak boleh beratur untuk mengundi?


Jika kerajaan sanggup memerlukan jutaan Rakyat beratur di pejabat-pejabat KWSP seluruh negara untuk serah dokumen bukti bagi pengeluaran i-Sinar pada masa Covid menular maka tiada masalah bagi Rakyat beratur untuk mengundi di PRU.

Kan?

Boleh benarkan Rakyat rentas negeri sesuka hati untuk melancong dan suruh jutaan orang beratur panjang di KWSP untuk serah pelbagai dokumen bukti pada masa kes Covid sudah cecah 100k tapi PRK/PRU tak boleh pulak?

Sebab itu, hapuskan sahaja kriteria@syarat pengeluaran i-Sinar.

Apa cerita Makcik yang pendapatannya RM2,000 sebulan turun 20% dikatakan tidak terjejas dan tidak layak tetapi manager yang gajinya RM10,000 sebulan turun 30% dianggap terjejas pula dan boleh membuat pengeluaran tanpa syarat dan tanpa dokumen bukti?

Buat macam i-Lestari Daftar online dan siapa yang memohon diluluskan secara automatik.

Najib Razak

Orang ramai serbu cawangan KWSP

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker