Saya tak minta pun dukung heroin – Zul Ariffin

Saya tak minta pun dukung heroin – Zul Ariffin

“Kalau Zul saja mesti dikaitkan dengan dukung heroin. Itu permainan industri. Saya boleh bermain perkara itu, saya tak kisah. Tapi mampukah orang lain main perkara itu? Berapa lama? Bolehkah bertahan?”

Demikian kata pelakon terkenal Zul Ariffin yang menyifatkan babak dia mendukung beberapa pelakon wanita atau heroin drama hingga mencetuskan kontroversi sebelum ini adalah ‘permainan industri’ penerbitan drama yang sudah dirancang.

Malah, Zul, 36, menegaskan dia tidak pernah meminta untuk mendukung pelakon wanita melainkan ia dibuat atas tuntutan naskhah yang akhirnya menyebabkan nama dan dirinya menjadi ‘bahan’ orang industri.

“Saya kena tegaskan sepanjang karier, saya tak pernah minta nak dukung heroin. Semua daripada skrip ataupun arahan. Saya datang set (lokasi penggambaran), salam heroin pun tak, apatah lagi dukung. Tapi sekarang ini saya kena ‘bahan’.

“Contoh apa yang terjadi pada saya beberapa bulan lepas mengenai video itu (video dukung pelakon wanita). Video itu tak keluar di televisyen lagi. Di sosial media pun saya padam. Selepas itu, ada pula drama yang memaparkan aksi sama. Ia sudah disunting dan tayang. Lepas pula. Yang mendukung pula suami orang dan heroin muda.

“Kalau macam tu, mereka pun boleh cakap untuk tolak, tapi pilih sedap. Tapi kenapa cakap begitu pada saya saja. Mereka ini bila cakap perkara macam itu, saya diam sebab saya ini selalu hormat pelakon. Orang cakap teruk kepada saya pun saya hormat mereka lagi. Tapi, mereka ini nak buat apa dengan saya sebab yang bagi kerjaya ini Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Antara babak dukung membabitkan Zul yang mencetuskan kontroversi seperti lakonan bersama Intan Najwa (Setelah Ku Dimiliki) dan Siti Hariesa (drama Perempuan Itu yang belum ditayangkan).

Disebabkan perkara sebegitu, Zul yang juga pemenang Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-31 mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada berlakon drama di kaca TV.

“Dalam drama ini bila kita ‘shoot’, saya rasa macam tak mampu dah nak buat 15 hingga 20 babak sehari, sebab saya dah buat selama 13 tahun. Dulu saya tak nak sebab kita rindu set drama, nak ‘shoot’ semula. Sekarang rasa macam, tak apa lah saya kena ‘move on’ ke benda lain pula iaitu lebih kepada slot drama eksklusif, platform over the top (OTT) dan premium.

“Selalu saya buat drama, kebanyakan drama cinta yang saya dah buat. Saya tak kisah dengan kandungan tu, tapi dah boleh jangka. Saya rasa perkara ini lebih berguna untuk pelakon baharu, lagi bagus untuk budak muda.

“Saya tak nak berlakon drama dah, saya kena undur diri. Kalau ada yang menarik saya akan masuk. Tetapi, saya kena undur diri sebab kadang-kadang di set itu tak berapa serius. Orang tak berapa serius dan buat tak berapa serius. Sebagai contoh saya buat filem Sangkar, sewaktu latihan, ‘script reading’ atau ‘script development’ kami tetapkan satu persatu. Kalau di drama mereka main ‘shoot’ saja, bila dapat gaji ‘blah’. Bila tak jadi, pelakon yang disalahkan cerita tak meletup. Saya tengok permainan itu saya tak nak salahkan sesiapa pun,” katanya. HM

Saya tak minta pun dukung heroin – Zul Ariffin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker