Mengapa Zionis bunuh cucuku

RASHA QADDOUM menggenggam erat beg kecil berwarna merah jambu milik anak perempuannya, Alaa yang berusia lima tahun.

Beg tersebut kini tidak lagi digalas anak kecil itu yang pergi buat selama-lamanya.

Ini kerana Alaa ialah mangsa pertama daripada 16 kanak-kanak yang terbunuh dalam konflik tiga hari antara Jihad Islam Palestin (PIJ) dan tentera rejim Zionis di Genting Gaza.

Minggu lalu, Genting Gaza dihujani bedilan roket dan peluru berpandu Israel. Menurut Perdana Menteri, Yair Lapid, ia sebagai ‘operasi awal ke atas ancaman serta-merta’ ke atas Jihad Islam yang didakwa mencetuskan ketegangan berterusan selama beberapa hari di sepanjang sempadan Gaza.

Alaa Qaddoum (gambar besar) yang berusia lima tahun adalah antara 16 kanak-kanak Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel pada 5 Ogos lalu.
Alaa Qaddoum (gambar besar) yang berusia lima tahun adalah antara 16 kanak-kanak Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel pada 5 Ogos lalu.

 

“Seperti petang Jumaat yang lain, Alaa kelihatan gembira kerana dia mahu pergi ke taman dengan ibu saudaranya,” kata Rasha yang jelas mengingati kemeja T merah jambu dipakai Alaa.

Ketika Alaa menuju ke rumah ibu saudaranya, Israel melancarkan serangan udara menyasarkan kedudukan Jihad Islam di Gaza.

Bom Israel mengenai rumah ibu saudaranya yang menjadi destinasi terakhir Alaa pada hari tersebut.

“Tiada siapa yang bersenjata di kawasan kejiranan ini. Sepatutnya Alaa pergi bermain di taman, sebaliknya dia kembali kepada saya dengan pakaian penuh darah.

“Apa gunanya perang ini? Kami kehilangan anak,” kata Rasha sambil meraung.

Tentera Israel ketika dihubungi AFP menjelaskan, pihaknya hanya menyerang sasaran tentera iaitu bapa kepada kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Abdullah.

Pada masa sama, Israel mendakwa kematian orang awam di Gaza adalah berpunca daripada roket pejuang Palestin yang jatuh di kawasan sendiri atau tersilap sasaran.

Israel mengenal pasti Abdullah sebagai anggota kanan Jihad Islam yang disokong Iran.

Abdullah dilaporkan cedera dalam pengeboman tersebut.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang dikendalikan Hamas mengesahkan serangan udara Israel telah meragut 46 nyawa termasuk 16 kanak-kanak.

Lubang besar di tengah rumah

Di tempat lain di Gaza City, kediaman keluarga Shamalagh turut menjadi sasaran roket Israel.

 

Asap tebal kelihatan selepas roket Israel membedil sasaran di Gaza pada Ahad lalu.
Asap tebal kelihatan selepas roket Israel membedil sasaran di Gaza pada Ahad lalu.

 

Rumah yang dahulunya didiami oleh 17 penghuni kini rosak dan sofa serta barangan elektrik juga sudah tidak dapat digunakan lagi.

Apa yang jelas kelihatan adalah lubang besar di tengah rumah yang terhasil susulan impak bom Israel.

Penghuni rumah tersebut hanya diberi amaran selama 30 minit untuk beredar sebelum Israel melancarkan serangan udara yang dahsyat.

“Saya tidak boleh tidur dan hanya merenung siling serta berfikir mereka (Israel) akan menyerang.

“Semua orang takut. Kanak-kanak tidak berhenti menangis,” kata Nadia Shamalagh.

Wanita berusia 70 tahun itu berkata, walaupun gencatan senjata dicapai antara Jihad Islam dan Israel, namun ia tidak memberi sebarang makna kerana kehidupan mereka sekeluarga sudah musnah.

Tambah Nadia lagi, keluarganya tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan politik atau pejuang Palestin.

“Kami tiada kaitan dengan Hamas, Fatah atau Jihad Islam.

“Adakah kami akan terus menjadi sasaran dan menjalani kehidupan tragis ini berulang kali?” ujarnya. – AFP GAZA CITY

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker