Iman Troye lupa diri?

Iman Troye lupa diri?

Di sebalik lagu nyanyian begitu pantas mendaki carta populariti, ada cerita kurang enak turut mengiringi perjalanan kerjaya penyanyi Iman Troye, 20.

Banyak rungutan diterima kononnya penyanyi yang mula meledak menerusi lagu Teman itu sangat sukar untuk memberikan kerjasama.



Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin juga jarang dapat dihubungi ataupun membalas mesej jika ada perkara penting berkaitan dirinya memerlukan penjelasan segera.

Mengulasnya, penuntut jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu menafikan dirinya berubah sekelip mata disebabkan populariti diraih dengan mudah.

“Sebenarnya nombor digunakan termasuk nombor untuk keluarga, teman rapat dan kerja. Jadi, agak mustahil untuk saya membelek satu demi satu mesej dihantar, terutama jika mesej dihantar serentak.

“Ada kala, emak pun tak tahu saya berada di mana, sedangkan di rumah.



“Saya minta maaf jika ada pihak terasa dengan cara kami berkomunikasi. Saya juga minta maaf bagi pihak pengurusan, insya-Allah, kami akan memperbaiki kelemahan berlaku,” katanya kepada BH Online.

Diajukan persoalan jika ada beranggapan dirinya lupa diri selepas popular, Iman berkata, itu semua tidak benar.

“Apa yang berlaku disebabkan saya terlepas pandang. Ada ketikanya, ada juga nombor tidak dikenali menghantar mesej,” katanya.

Iman menjadi menjadi artis bertudung ketiga dari Malaysia menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) turut berkongsi, dia juga tidak dapat lari daripada ‘cinta monyet’ ketika menjejak kaki ke universiti.



“Namun, belum ke arah menjalinkan hubungan serius. Kami berkawan rapat, dia juga banyak mendorong dari segi pelajaran.

“Bukanlah nak kata putus cinta, tetapi saya mahu lebih fokus kepada pelajaran. Jadi, kami membawa haluan masing-masing. Sempat jugalah berkawan rapat selama empat semester,” katanya. BH

Iman Troye lupa diri?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi



Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker