Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan dakwaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kononnya pembinaan projek kapal tempur pesisir (LCS) sudah terhenti pada April 2018 selepas Parlimen dibubar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau membangkitkan persoalan itu kerana bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan bekas timbalannya, Liew Chin Tong telah merasmikan dan meninjau projek berkenaan pada 2018 dan 2019.

“Mereka pergi rasmikan dan tinjau projek suspended (yang digantung)?” soalnya dalam hantaran Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu mengulas dakwaan Syed Saddiq yang mendakwa pembinaan projek LCS terhenti apabila pembekal memberi arahan henti kerja kerana tiada bayaran yang diterima.

Najib menambah, jika projek LCS terhenti pada April 2018 sebab masalah kecairan kewangan, kerajaan patut menyelesaikannya serta-merta agar projek penting bagi negara dan syarikat Boustead yang merupakan aset utama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dapat diselamatkan.

“Itulah tanggungjawab sebuah kerajaan dan amanah diberi pada Menteri Pertahanan bagi melindungi kekuatan pertahanan negara serta kepentingan anggota tentera termasuk simpanan usia tua veteran tentera.

“Sebab Boustead tak pernah rugi sepanjang tempoh saya Perdana Menteri tetapi mengalami kerugian amat besar selepas PRU-14,” jelasnya.

Beliau juga bertanya mengenai tindakan yang diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan mereka memerintah sekiranya benar projek LCS terhenti pada April 2018.

“Pandang sahaja projek itu dihentikan selama 22 bulan dan tunggu dua tahun lagi untuk dijadikan isu pada tahun 2022 untuk tanya mana kapal?

“Jika nak buat propaganda menipu pun perlu pakai otak,” sindirnya kepada Syed Saddiq.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Najib mempertikaikan mengapa kerajaan PH dan LTAT ketika era PH tidak mengambil tindakan untuk membantu Boustead menyelesaikan masalah dan meneruskan projek LCS.

“Kerajaan PH (termasuk PPBM masa itu) biarkan Boustead milik LTAT untuk tidak mampu memajukan projek pada tahun 2018 sebelum kapal pertama dijadualkan untuk disiap setahun kemudian pada April 2019. Lepas itu tanya mana kapal dan salahkan Najib?” soalnya.

Najib turut menjawab komen seorang penyokong PH yang bertanya mengapa Boustead perlu menggunakan sebahagian dana yang diterima dari projek LCS untuk membayar hutang lama projek kapal peronda generasi baharu (NGPV).

Ahli Parlimen Pekan itu menjelaskan, peranan Boustead bukan hanya untuk membina kapal LCS tetapi juga untuk membangunkan ekosistem pembinaan kapal perang serta industri pertahanan negara.

“Jadi, jika tak lunaskan hutang lama kepada vendor-vendor dan pembekal projek NGPV, siapa lagi yang mahu atau mampu untuk membekal kepada Boustead untuk pembinaan LCS?

“Dan jika hutang tidak dilunaskan dan vendor-vendor serta pembekal gulung tikar, bagaimana pula nak membina eko-sistem industri perkapalan pertahanan?” soalnya lagi. MG

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker