Kontroversi video lucah Natasha bunuh kerjayanya?

Kontroversi video lucah Natasha bunuh kerjayanya?

Diuji kontroversi memalit nama buruk sehingga menjejaskan prestasi dan perjalanan kerjaya, pelakon Natasha Elyzza, 28, menginsafi setiap perkara yang berlaku.

Bukan sahaja dipandang serong, malah tawaran lakonan juga kurang diterima dalam tempoh dua tahun.

Kini, insaf dan lebih menghargai kehidupan dan kerjaya, pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Duri Di Hati pada 2013 itu mahu memperbaiki diri ke arah lebih baik, selain membuktikan memiliki bakat untuk dipertaruhkan, bukannya hanya popular disebabkan kontroversi.

Sebelum ini, nama Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Elyzza Rohishim pernah ‘digam’ daripada dunia lakonan disebabkan kontroversi video aksi panas dalam aplikasi Bigo bersama pelakon, Fathia Abdul Latiff pada 2017.

Natasha berkata, apa yang terjadi membuatkannya dua tahun digam dan tidak bekerja.

“Saya rasa sedih dan kehilangan diri sehingga fikir tiada lagi peluang untuk berlakon.

“Saya dengar ramai menyangkakan jika memberikan kerja, risau saya buat hal. Namun, Alhamdulillah, ramai mula memberikan peluang selepas ada rakan menjelaskan perkara yang berlaku. Ia bukannya kesalahan saya 100 peratus.

“Dari situ, saya perlahan-lahan aktif semula berlakon dan sekarang, saya bernaung di bawah syarikat pengurusan, Prodigy. Mereka banyak membantu saya.

“Kini, saya tidak sangka dapat kembali, jadi benar-benar mahu buktikan saya boleh menjadi lebih baik. Ini adalah peluang terakhir untuk saya membuktikan saya bukan lagi seperti dahulu,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama Tersuka Tanpa Sengaja dan Setelah Terlafaznya Akad itu berkata, dia tidak menyesali dengan apa yang berlaku dahulu.

“Jika tidak berlaku, mungkin saya tidak akan matang. Sekarang, saya sudah banyak berubah.

“Memang masa muda, saya seperti ‘monyet’, tetapi sekarang lebih ayu. Alhamdulillah. saya sudah belajar dan tahu bagaimana mahu bercakap dengan orang.

“Kalau dahulu, saya jenis bercakap tanpa berfikir, tetapi sekarang, lebih berhati-hati.

“Sekarang juga saya lebih hati-hati dalam memilih kawan. Saya tidak boleh percaya orang dengan mudah,” katanya.

Natasha berharap dapat mengembangkan kerjaya dan membuktikan bakat dimiliki.

“Ramai yang anggap saya tiada bakat, jadi saya nak tunjuk. Menerusi sebuah drama, penonton mula meyakini saya boleh berlakon.

“Jujurnya, Micheal Ang banyak membantu ketika saya jatuh dahulu. Dia menelefon dan berjanji mahu membantu saya.

“Awalnya, saya hanya diberikan watak kecil untuk perlahan-lahan bangkit. Lama kelamaan, Michael memberi watak besar seperti menerusi drama The Hotel. Alhamdulillah, Michael banyak sangat berjasa,” katanya.

Muncul dengan drama drama bersiri terbaharu, Remang di TV3, dia tidak hanya menjayakan watak seorang yang terkena gangguan, tetapi turut diganggu di luar penggambaran.

“Saya rasa sudah tidak sedap hati pada hari pertama memasuki ke sebuah kediaman yang menjadi lokasi penggambaran. Kami perlu menghabiskan penggambaran awal disebabkan ada perkara tak diingini berlaku.

“Esoknya, penggambaran bersambung dan saya mengalami pening, batuk dan badan menjadi lemah.

“Ketika keluar rumah itu sebentar untuk berehat, saya mendengar suara perempuan menangis dalam rumah. Masa itu, semua kru wanita di luar rumah. Saya ingatkan mereka sedang ‘shooting’, rupanya tengah menunggu saya,” katanya.

Drama bersiri 12 episod, Remang terbitan Anomali Media Sdn Bhd arahan Khairul Rizam dan skrip oleh Sofia J Rhyland, Intan Zarina Mohd Yasin dan Adza Irdawati Adenan.

Selain Natasha, drama Remang adalah kompilasi cerita seram yang dihidupkan oleh pelakon Syafie Naswip, Azrel Ismail, Emma Maembong, Chacha Maembong, Aween Ismail dan ramai lagi. BH

Kontroversi video lucah Natasha bunuh kerjayanya?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker