Ekonomi negara berkembang kukuh 8.9% suku kedua 2022

Ekonomi negara berkembang kukuh 8.9% suku kedua 2022

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 8.9% pada suku kedua tahun 2022 berbanding suku sebelumnya 5.0% manakala bagi separuh pertama tahun ini, ekonomi negara berkembang 6.9%

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, permintaan dalam negeri terus kukuh, disokong oleh pemulihan keadaan pasaran pekerja yang stabil dan sokongan dasar yang berterusan.

Walaupun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat disebabkan oleh asas yang rendah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh pada bulan Jun 2021, pertumbuhan pada bulan April dan Mei 2022 menunjukkan prestasi yang kukuh.



‘Pertumbuhan yang lebih tinggi juga mencerminkan kegiatan ekonomi yang kembali normal apabila negara beralih ke fasa endemik dan sempadan antarabangsa dibuka semula.

Eksport terus disokong oleh permintaan yang kukuh untuk produk elektrik dan elektronik.

Dari segi sektor, pertumbuhan terus didorong oleh sektor perkhidmatan dan sektor perkilangan.

Pada asas suku tahun ke suku tahun terlaras secara bermusim, ekonomi mencatatkan peningkatan sebanyak 3.5% (S1 2022: 3.8%).



Pada suku kedua, inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing meningkat sebanyak 2.8% dan 2.5% (S1 2022: masing-masing 2.2% dan 1.7%).

Inflasi teras yang lebih tinggi mencerminkan keadaan permintaan yang bertambah baik dalam persekitaran kos yang tinggi dengan kenaikan harga yang didorong terutamanya oleh makanan di luar rumah dan barangan makanan lain.

Mengulas tentang prospek tahun 2022, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah menjelaskan, meskipun permintaan luaran mungkin terkesan oleh pertumbuhan global yang lebih perlahan, ekonomi Malaysia akan terus disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh.

Pertumbuhan juga akan mendapat manfaat daripada keadaan pasaran pekerja yang semakin pulih dan ketibaan pelancong yang lebih banyak serta pelaksanaan projek pelaburan berbilang tahun.



”Walau bagaimanapun, pertumbuhan Malaysia terus terdedah kepada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang lebih meruncing dan gangguan rantaian bekalan yang semakin buruk,” ujar beliau. MG

Ekonomi negara berkembang kukuh 8.9% suku kedua 2022


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker