Rayuan akhir Najib Razak di Mahkamah Persekutuan jadi tumpuan

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menjadi tumpuan umum dengan pelbagai agensi media sudah mula berkumpul bagi mengikuti rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa implikasi besar kepada bekas Perdana Menteri itu sekiranya panel hakim memutuskan untuk meneruskan prosiding rayuan kes SRC Internasional Sdn Bhd. tanpa kehadiran peguam bela.

Najib didakwa sebanyak dua kali di Mahkamah Sesyen di sini iaitu pada 4 Julai dan 8 Ogos 2018. Bagaimanapun, perbicaraannya hanya bermula pada 3 April 2019.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi mensabitkan Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International.

PEGUAM bela utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik (tengah) tiba di Istana Kehakiman.



Pada 8 Disember 2020, Mah­kamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib dan turut menyifatkan kesalahan yang dilakukan bekas Perdana Menteri itu sebagai memalukan negara.

Hari ini mahkamah menetapkan sembilan hari untuk mendengar rayuan akhirnya. Rayuan tersebut bakal menentukan untung nasib Najib.

ANTARA pengamal media yang hadir membuat liputan rayuan akhir Najib Tun Razak di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Jika bernasib baik, maka pulanglah Najib ke pangkuan keluarga. Jika tidak, hanya pengampunan Diraja yang dapat mengubah nasib Ahli Parlimen Pekan itu.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker