6 Ahli Parlimen Bersatu dipercayai tak tanding PRU15

6 Ahli Parlimen Bersatu dipercayai tak tanding PRU15

Enam Ahli Parlimen Bersatu dipercayai tidak mempertahankan kerusi mereka pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Mereka adalah Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya; Ahli Parlimen Kudat, Abd Rahim Bakri; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Fasiah Fakeh; Ahli Parlimen Beaufort, Azizah Dun dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, menurut Utusan Malaysia.

Ia sekali gus mencetuskan persoalan mengenai survival parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu.



Lima daripada enam kerusi berkenaan dimenangi atas tiket Umno pada PRU14 kecuali Sungai Besar.

FMT sedang mendapatkan maklum balas enam wakil rakyat berkenaan.

Sementara itu, beberapa pemimpin lain seperti Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid dikatakan masih mahu bertanding.

Bagaimanapun, mereka dijangka berdepan laluan sukar mengekalkan kerusi berkenaan susulan kemarahan rakyat kerana tindakan meninggalkan Umno.



Secara keseluruhannya, seramai 16 Ahli Parlimen Umno melompat parti selepas Barisan Nasional (BN) tewas di tangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14.

6 Ahli Parlimen Bersatu dipercayai tak tanding PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker