Raja Formula Luar Tabii Kena “Check Mate” Isu Sub-Kontraktor Berlapis

Oleh Tun Teja

“Kuman di seberang lautan nampak, Gajah di hadapan mata tak nampak” itu perumpamaan yang sangat tepat mengambarkan siapa sebenarnya Pakatan Harapan(PH).

Parti-parti komponen PH dan PN bergilir-gilir bersuara mengenai isu Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang ditempah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Dan seperti biasa, Raja Formula Luar Tabii mengetuai mereka.

Rafizi dengan angkuhnya membuat “pendedahan” kononnya ada dua syarikat sub-kontraktor digunakan secara berlapis-lapis untuk mengaut keuntungan 200% daripada projek LCS.

Datuk Seri Najib bertanya pada Rafizi, siapa pemilik kedua-dua syarikat itu?

Akhirnya Raja Formula Luar Tabii terpaksa mengaku bahawa kedua-dua syarikat sub-kontraktor tersebut merupakan syarikat usaha-sama 51%-49% antara Boustead dengan syarikat Jerman gergasi Rheinmetall AG yang merupakan pakar sistem senjata anti-udara.

Mengenali Rafizi yang sedang cuba mencetuskan isu ini sebagai modal PRU-15, beliau masih tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Beliau mendakwa syarikat gergasi Jerman ini ditubuhkan cuma dua bulan sebelum dilantik sebagai sub-kontraktor bagi projek LCS dan walaupun Boustead mempunyai majoriti 51%, kedua-dua syarikat ini diuruskan oleh orang asing iaitu wakil syarikat Rheinmetall AG sedangkan pengerusi adalah dari Boustead.

Wakil-wakil syarikat Jerman yang disebut Rafizi adalah Gordon Hargreave, dan Luitjen Rolf Ennega yang kemudian ditukar dengan Frank Hoffmann.

Memetik sumber, Datuk Seri Najib menegaskan perkara tersebut biasa dilakukan malah turut dibuat dalam gabungan Celcom-Digi yang bermula dan diluluskan zaman PH juga. Pengurusan syarikat gabungan itu diketuai oleh orang asing yang merupakan wakil Digi/Telenor manakala pengerusi ialah dari Axiata biarpun Axiata mempunyai pegangan saham yang lebih besar.

Sekiranya Rafizi menuduh orang asing iaitu wakil Rheinmetall terlibat songlap dalam projek LCS maka siasatan terperinci sangat dialu-alukan.

Datuk Seri Najib mencadangkan sekiranya wakil-wakil asing tersebut terbukti songlap, maka kita patut menyaman syarikat Rheinmetall AG untuk membayar pampasan sebanyak RM10 bilion sebab songlap duit kita dan menyebabkan projek LCS menjadi lambat.

Syarikat Rheinmetall adalah syarikat dengan nilai pasaran sebanyak 7.08 bilion Euro (RM32.5 bilion) iaitu sekitar 300 kali ganda lebih besar daripada nilai pasaran Boustead Heavy Industries Corp. Bhd sebanyak RM113 juta.

Persoalannya, kenapa Rafizi hanya nampak isu Projek LCS yang sedang berjalan walaupun lambat sedangkan projek Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng bayang pun belum nampak lagi. Projek Terowong berskala mega ini mengundang pelbagai kontroversi khususnya membabitkan kajian kebolehlaksanaan yang bernilai RM305 juta. Projek ini merangkumi empat komponen utama, iaitu tiga jalan perhubungan sepanjang 30 kilometer dan terowong dasar laut yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion.

Ramai berpendapat projek Terowong Dasar Laut sebenarnya tidak wujud dan menganggap ia adalah satu bentuk penipuan. Kenapa Rafizi tidak pernah bersuara mengenai Terowong ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker