Rugi Khairuddin tinggalkan Pas – Idris

Rugi Khairuddin tinggalkan Pas – Idris

Pas tidak pernah merasakan tindakannya yang tidak meneruskan kerjasama politik dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) sesuatu yang merugikan parti itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad melihatkan tindakan sesetengah pemimpinnya termasuk Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali meninggalkan parti Islam itu lebih merugikan.



“Sebenarnya Dr Khairuddin itu rugi tinggalkan Pas, itu jawapan saya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Projek Wakaf Pertanian Bersepadu (Watani) untuk menangani kos sara hidup dan memperkasa jaminan bekalan makanan negara di Laman Watani, Presint 20, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (Jawhar), Datuk Selamat Paigo; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud.

Rabu lalu, sebuah portal berita melaporkan Khairuddin berkata, tindakan Pas yang meninggalkan MN dan bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat sesuatu yang merugikan parti Islam itu.



Khairuddin juga mendakwa, sehingga kini tiada seorang pimpinan Pas yang berani mengeluarkan kenyataan bahawa hayat MN sudah berkubur, sebaliknya lebih gemar menyerang antara satu sama lain. MG

Rugi Khairuddin tinggalkan Pas – Idris


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter



Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker