Kerajaan akan bentang RUU dana politik pada Oktober

Kerajaan akan bentang RUU dana politik pada Oktober

Kerajaan berharap dapat membentangkan rang undang-undang (RUU) pendanaan parti politik di Dewan Rakyat pada Oktober ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau dipetik The Star berkata, RUU yang dalam proses disiapkan itu adalah inisiatif Putrajaya sendiri untuk meningkatkan ketelusan, tadbir urus dan akauntabiliti kerana ia tidak dinyatakan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dengan Pakatan Harapan (PH).



Pembiayaan politik merujuk cara parti politik dan ahli politik mengumpul wang untuk kempen pilihan raya, operasi harian dan aktiviti lain.

Mei lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan secara dasar bersetuju dengan cadangan pelaksanaan dasar penggubalan RUU sumbangan politik.

Tetapi, Wan Junaidi pada 22 Julai lalu berkata, RUU pendanaan parti politik belum boleh dibentang di Parlimen kerana memerlukan kajian terperinci bagi memastikan mekanisme pelaksanaan berkesan.

Beliau berkata, satu sesi libat urus perlu diadakan dengan pelbagai pihak sebelum undang-undang baharu itu dapat diperkenalkan.



Katanya, cadangan pelaksanaan dasar penggubalan RUU sumbangan politik telah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti-Rasuah pada 19 Mei lalu.

PH sepatutnya membentangkan RUU sama selepas berkuasa pada 2018, tetapi ia tidak dilakukan sebelum pertukaran kerajaan pada 2020. FMT

Kerajaan akan bentang RUU dana politik pada Oktober


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter



Iman Troye lupa diri?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker