Wanita koma dipukul suami, bantuan JKM diteruskan

Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Jahidah Nordin, yang koma akibat dipukul suami,
akan diteruskan bagi membantu meringankan beban keluarganya, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Tabung Kasih kepada adik mangsa, Fauziah Nordin, di sini hari ini, Aiman Athirah berkata JKM mula menyalurkan bantuan bulanan RM500 kepada keluarga itu sejak Julai lepas.
“Bantuan bulanan ini akan diteruskan termasuk sesi kaunseling kepada keluarga Jahidah. Kita juga akan lihat semula sekiranya ada keperluan menaikkan jumlah bantuan ini.
KPWKM juga ambil berat urusan kebajikan Jahidah dan anak lelakinya yang masih kecil,” katanya.
Jahidah, 44, petugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor, dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pada Mei 2021 selepas dipercayai dicederakan suaminya.
Beliau yang ketika itu hamil enam minggu mengalami kecederaan parah dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan, selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak, disyaki dipukul.
Jahidah yang terlantar koma, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada Nov 2021.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker