Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Kangar: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis di sini semalam menggamit perhatian orang ramai terutama nelayan serta penduduk kampung berdekatan.

Kapal layar yang berharga sekitar USD45 juta (RM200,014,605) itu dipercayai tiba dari Langkawi dan disedari sedang menyusuri oleh penduduk sekitar lembangan Sungai Perlis itu sekitar jam 12 tengah hari.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Perlis (PELARIS) Jasmi Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya diberitahu oleh nelayan serta penduduk sekitar muara Sungai Perlis dengan kehadiran dan pergerakan kapal layar mewah itu.



“Kita bagaimanapun tidak menerima sebarang aduan daripada nelayan mengenai gangguan dari segi lalu lintas bot nelayan di muara sungai itu.

“Malah, kita juga difahamkan kapal layar mewah itu sebenarnya bergerak menuju ke dermaga Perlis Marine Engineering (PME) Sdn Bhd yang terletak di Kampung Tengah Kuala Perlis bagi tujuan pembaikan kapal layar,” katanya.

Seorang nelayan, Mat Che Ya, 53 pula berkata, walaupun banyak kapal yang bersaiz sederhana melalui muara sungai itu, namun kapal layar mewah yang canggih itu jarang sekali dapat dilihat di kawasan itu.

“Banyak kapal lalu sini cuma saiz tidaklah besar tapi kapal layar yang semalam itu jarang lalu di sini.

“Jadi bila kapal layar itu lalu di sini nampak macam kapal angkasa atas air pula kerana tak nampak macam kapal atau bot yang kita biasa lihat,” katanya.



Tular di media sosial hari ini mengenai kehadiran kapal layar mewah berkenaan yang dilihat sedang berlabuh di tengah muara Sungai Perlis.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, pihaknya tidak dimaklumkan tentang kehadiran kapal layar mewah itu di muara Sungai Perlis.

“Kita tidak dimaklumkan mengenai kehadiran kapal layar mewah itu di kawasan ini.



“Namun, apa yang dimaklumkan oleh anggota kita yang melakukan rondaan di sekitar perairan Perlis adalah pihak kapal layar mewah itu sudah mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia menerusi Pejabat Laut Negeri Perlis untuk melalui muara sungai itu dan berlabuh di PME Engineering Sdn Bhd,” katanya.HM

Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker