Pertumbuhan Ekonomi: PM Sangkal Dakwaan Pembangkang Negara Akan Bankrap

Pertumbuhan Ekonomi: PM Sangkal Dakwaan Pembangkang Negara Akan Bankrap

Ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022 membuktikan dakwaan pembangkang bahawa kononnya negara akan bankrap adalah tidak benar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertumbuhan positif tersebut antaranya disumbangkan oleh dasar monetari dan keputusan kerajaan untuk membuka sektor ekonomi serta sempadan negara.

Tindakan tersebut, jelas beliau turut memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk meningkatkan pelaburan apabila kerajaan berpendirian untuk tidak menutup semula sempadan negara walaupun berlaku kenaikan kes COVID-19.

“Kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain di ASEAN seperti Singapura (Keluaran Dalam Negara Kasar) 4.4 peratus, Indonesia (5.4 peratus), Filipina (7.4 peratus), Amerika Syarikat (1.6 peratus), Kesatuan Eropah (4.0 peratus), China (0.4 peratus) dan Korea Selatan (2.9 peratus)

“Bermakna kita adalah yang tertinggi berbanding negara-negara tersebut. Dari segi pengangguran juga seperti diumumkan lebih awal, kita telah pun dapat mengurangkan kadar pengangguran daripada 4.3 peratus kepada 3.8 peratus,” katanya dalam sidang akhbar di selepas berucap pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.

Situasi itu sekali gus menjadikan pertumbuhan pada separuh pertama 2022 sebanyak 6.9 peratus.

Sementara itu, Kementerian Kewangan (MoF) pula menjangkakan momentum perkembangan ekonomi negara akan terus kukuh pada suku ketiga tahun ini, didorong oleh prestasi yang menggalakkan dalam perdagangan luar dan sektor pelancongan yang memberansangkan. AA

Pertumbuhan Ekonomi: PM Sangkal Dakwaan Pembangkang Negara Akan Bankrap

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker