ALI2021: Bahang Anugerah Lagu Indie Mula Terasa

ALI2021: Bahang Anugerah Lagu Indie Mula Terasa

Anugerah Lagu Indie 2021 (ALI2021) bakal membuka tirai pada hari Sabtu, 18 Disember jam 9.00 malam. Daripada 12 lagu yang bertanding, hanya 1 lagu sahaja akan merebut gelaran juara ALI pada tahun ini.

Pada separuh akhir yang lalu, kita dapat melihat bagaimana kesemua kumpulan menunjukkan taring masing-masing dengan gaya dan pembawaan mereka.

Paling mendapat perhatian pada separuh akhir yang lalu adalah Arunboii dengan lagu Enge Port dan gaya hip-hop campur rock yang dipersembahkan. Selain itu, lagu Senja Temu Lelah nyanyian BER_ ft Leasim dan Jauh nyanyian Nusarasa juga bakal mencabar 12 kumpulan yang lain bagi merebut gelaran juara.

Secara dasarnya, kesemua lagu yang bertanding telah menunjukkan sisi pelbagai yang mereka mampu tawarkan untuk industri seni muzik di Malaysia. Nilai segar dari susunan muzik, bait-bait lirik serta melodi menunjukkan bahawa industri kita mampu untuk pergi jauh dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Bahang pentas akhir sudah bermula namun debaran menanti siapakah juara Anugerah Lagu Indie juga makin terasa. Jangan lupa untuk saksikan 12 lagu berentap di pentas akhir ALI2021 yang berlangsung secara Live di saluran YouTube Anugerah Lagu Indie pada 18 Disember nanti jam 9.00 malam.

Antara juri yang bakal menjadi penentu juara ALI2021 pada tahun ini adalah Jennifer Thompson, Amy Search, Rudy Nastia, Efry Arwis, Irena Taib, SXPH, Gjie, Luca Sickta, Michael Christian Simon, Imran Ajmain dan JD Wong.

12 finalis Anugerah Lagu Indie 2021:

Bihzhu – Alive
Rina-Hime – All Over Again
Ruang Hati featuring Heidi Moru – Bingkai Rasa
Arunboii – Enge Port
Late Night Frequency – Fun Lust Love
Kapow – Helang Dan Garuda
Nusarasa – Jauh
RUNS – Kamar
KidiDaNoto – Kangen
Ber_ featuring Leaism – Senja Temu Lelah
Margasatwa – Yang Asli
Eidi Teman Lelaki & Ainina Hasnul – Tentang Siang, Malam Dan Romantis

ALI2021: Bahang Anugerah Lagu Indie Mula Terasa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker