Muay Thai Ambang Merdeka 2022: Petinju Thai maut selepas terima pukulan ‘KO’

KOTA BHARU: Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang, meninggal dunia akibat pendarahan otak, semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata Kittichai Chaengkhao, 28, yang berasal dari Chumpong tidak sedarkan diri selepas menerima pukulan “knockout” dalam satu perlawanan menentang petinju Malaysia berusia 29 tahun daripada Kelab Red Army Kuala Lumpur, pada Jumaat.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan Badang kira-kira 1 pagi semalam, namun mangsa kemudian dikejarkan ke unit kecemasan HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) dan meninggal dunia pada 10.57 pagi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.



Zaki berkata, mayat Kittichai dibawa ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang untuk diserahkan kepada waris pada 8 malam, hari sama.

“Polis juga telah mengambil keterangan daripada pihak penganjur berhubung kes tersebut dan mendapati pihak terbabit mempunyai permit untuk menganjurkan kejohanan Muay Thai itu,” katanya.

Petinju Thai maut selepas terima pukulan ‘KO’

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker