Victoria Beckham Tetap Tekad Teruskan Perniagaan Walaupun Hutang Hampir Cecah RM300 Juta

Victoria Beckham Tetap Tekad Teruskan Perniagaan Walaupun Hutang Hampir Cecah RM300 Juta

JENAMA fesyen mewah milik Victoria Beckham dilaporkan mempunyai hutang keseluruhan berjumlah kira-kira £53.9 juta (RM287 juta).

Bekas anggota kumpulan Spice Girls berusia 48 tahun itu melancarkan label koleksi pakaian dengan namanya sendiri pada 2008, sebelum berkembang kepada rangkaian lain seperti beg tangan, kasut dan aksesori.



Tetapi kini jenama itu berhadapan situasi sukar apabila jurucakap Victoria mengesahkan angka hutang itu kepada portal The Mirror.

Dalam akaun yang diserahkan pada 2021, juruaudit meletakkan ‘keraguan yang ketara’ tentang keupayaan syarikat berkenaan untuk terus beroperasi apabila ia dilaporkan mengumpul hutang lebih daripada £46 juta (RM248 juta) sejak ia dilancarkan.

“Jumlah pendapatan untuk kumpulan Victoria Beckham Holdings turun 6 peratus kepada £36.1 juta (RM194 juta) berbanding tahun lalu, akibat kesan pandemik global.

“Namun mereka bertindak balas dengan pantas dan mengawal tunai serta perbelanjaan, yang membawa kepada pengurangan ketara dalam kerugian operasinya sebanyak 57 peratus.



“Ia juga hasil daripada kecekapan kos merentas perniagaan dan penstrukturan semula model perniagaan bagi menjadikannya mampan untuk jangka panjang.

“Victoria Beckham Beauty terus mengembangkan portfolionya dengan beberapa pelancaran produk yang berjaya pada tahun ini dan berada dalam kelas tersendiri,” kata laporan audit kewangan tersebut baru-baru ini.

Di sebalik kesukaran yang dilalui, isteri bekas bintang bola sepak David Beckham itu dilaporkan tetap bertekad meneruskan perniagaannya walaupun dikritik pemerhati sebagai ‘projek sia-sia’.

“Ini identiti Victoria, dia menyukainya dan walaupun banyak halangan, dia tekad mahu meneruskannya,” kata seorang rakannya kepada The Mirror.



Victoria Beckham Tetap Tekad Teruskan Perniagaan Walaupun Hutang Hampir Cecah RM300 Juta

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker