Doktor Kongsi 7 Kesilapan Wanita Hamil..Demi Lahirkan Anak Berkulit Cerah, Ibu Telan Produk Pemutih

Doktor Kongsi 7 Kesilapan Wanita Hamil..Demi Lahirkan Anak Berkulit Cerah, Ibu Telan Produk Pemutih

SUDAH menjadi satu kelaziman bagi wanita yang sedang hamil untuk mengamalkan petua atau pemakanan tertentu sama ada yang diwarisi turun temurun, pembacaan ataupun diketahui daripada media sosial.

Antara salah satu tujuan utamanya adalah demi menginginkan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai kulit putih dan mulus.

Namun apa yang menjadi kebimbangan adalah para bakal ibu ini mengamalkan pemakanan produk pemutihan dek terpengaruh dengan iklan di media sosial, gara-gara terlalu obses mahu bayi mereka berkulit cerah.

Antara lambakan produk pemutih yang terdapat di pasaran. Gambar hiasan

Tapi sedarkan kita bahawa tidak semua bahan yang terkandung dalam produk kecantikan atau suplemen berkenaan sesuai digunakan oleh wanita hamil.

Seorang pengamal perubatan, Dr Nurul Mutmainah menerusi perkongsian video di laman TikTok turut memperincikan kesan sampingan atau risiko yang dihadapi oleh wanita hamil gara-gara pengambilan produk pemutih.

Dr Nurul Mutmainah turut berkongsi pengakuan daripada seorang wanita hamil yang menghadapi masalah pada kandungannya akibat pengambilan produk pemutih kulit dan suplemen untuk menurunkan berat badan.

“Saya pregnant empat bulan, start ambil produk pemutih. Katanya selamat untuk yang mengandung. Boleh jadi baby turut putih. Tujuh bulan scan baby stop develop dan abnormal,” demikian perkongsian ibu hamil berkenaan.

Dalam satu video yang dimuat naik berasingan, Dr Nurul Mutmainah berkongsi rakaman video menunjukkan imbasan (scan) dinding rahim pesakit wanita yang bermasalah.

Menurutnya, ia berpunca daripada pengambilan suplemen menurunkan berat badan serta pemutih kulit.

Ibu hamil juga perlu berwaspada mengambil minuman yang mengandungi kafein. Gambar hiasan

Pesakit tersebut turut mengalami masalah lain seperti haid tidak teratur dan pertumbuhan fibroid.

“Ibu pregnant please jangan simply ambil apa-apa produk. Ubat pun jangan simply ambil.

“Dulu selalu educate pasal jamu, produk putih, pil kurus dan lain-lain. Penuh komen-komen yang negatif dan kecaman. Siap ada seller cakap kami doktor ni ada penyakit hati dengki.

Pregnant atau tidak, kami memang tak advice ambil produk pelik-pelik. Tapi ramai memilih untuk percaya seller atau founder (produk) berbanding kami,” kongsinya.

Ramai wanita hamil takut untuk bersenam kerana bimbang kandungan mereka gugur. Gambar hiasan

Dr Nurul Mutmainah dalam pada itu turut berkongsi tujuh ‘kesilapan’ yang sering dilakukan oleh ibu hamil sebagai panduan bersama:

1) Mengambil kafien berlebihan, sepatutnya tidak melebihi 150 hingga 200mg sehari.
2) Meminum minyak kelapa dara untuk mudah bersalin. Sebaiknya guna minyak untuk urut perineum apabila kandungan 36 minggu ke atas.
3) Makan makanan mentah atau separuh masak.
4) Makan untuk dua orang. Sepatutnya tidak perlu gandakan portion makanan.
5) Ambil asid folik hanya ketika membuka buku pink. Sebaik-baiknya amalkan tiga bulan sebelum anda merancang untuk hamil, sambung makan sehingga kandungan berusia 12 minggu.
6) Takut bersenam kerana bimbang kandungan gugur. Untuk makluman, senaman paling bagus ketika hamil adalah senaman kegel.
7) Terpengaruh dengan pelbagai tip atau produk untuk putihkan bayi.

Doktor Kongsi 7 Kesilapan Wanita Hamil..Demi Lahirkan Anak Berkulit Cerah, Ibu Telan Produk Pemutih

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker