Asyik lumba haram, penduduk bakar motosikal

Gara-gara tidak tahan dengan aksi lumba haram yang sering berlaku, sekumpulan penduduk Palangkaraya, wilayah Kalimantan Tengah nekad merosakkan dan membakar sebuah motosikal milik seorang lelaki, lapor portal berita Okezone hari ini.

Dalam sebuah video tular yang dikongsikan di laman media sosial, sebuah motosikal dilihat dibakar oleh penduduk di tengah jalan di kawasan Murjani.

Sebelum dibakar, orang ramai yang kebanyakannya terdiri daripada lelaki dan remaja merosakkan motosikal tersebut dengan memijak dan menggunakan kayu.



Pemangku Ketua Polis Pahandut Palangkaraya, Asisten Komisioner Polis Suharno berkata, insiden itu berlaku semalam pada waktu subuh.

Menurutnya, ketika itu, orang ramai turun ke jalan kerana berang dengan aktiviti lumba haram di kawasan itu yang turut menyebabkan sebuah gerai dirempuh.

Mangsa atau pemilik motosikal tersebut, yang tidak menyertai lumba haram kemudian pergi ke kawasan itu untuk menemui rakannya yang dirempuh kumpulan penunggang motosikal berkenaan.

Namun, dia sebaliknya menjadi mangsa, di mana ketika itu orang ramai sudah memenuhi kawasan berkenaan.



“Ketika mahu pulang, motosikal mangsa ditahan orang ramai. Mangsa pergi meminta bantuan, namun sejurus kembali, motosikal miliknya sudah dibakar,” kata Suharno. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker