Bekas presiden China, Hu Jintao dipaksa keluar dari kongres parti komunis

BEIJING – Rakaman yang memaparkan bekas presiden China, Hu Jintao dipaksa meninggalkan pentas di Dewan Besar Rakyat di Beijing semasa Kongres Parti Komunis menarik perhatian global ketika orang ramai cuba ‘menyiasat’ perkara sebenar yang berlaku, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Agensi berita China, Xinhua melaporkan bahawa Jintao, 79, diiring keluar dari dewan itu selepas berasa tidak sihat. Bagaimanapun, beliau dilihat keberatan untuk bergerak ketika diiring keluar.

Rakaman lebih panjang yang dikongsikan semalam turut menimbulkan tanda tanya apabila Jinping dilihat menoleh ke arah Jintao dan tokoh kanan, Li Zhanshu dan Wang Huning.

Zhanshu bergerak untuk membantu Jintao tetapi ditarik balik oleh Huning yang seolah-olah berkata: “Jangan terlibat dalam perkara ini.”

@rich21ks2

♬ original sound – user7100014933751 – user7100014933751

Selepas Jintao berdiri, tangannya secara tidak sengaja mengambil nota milik Jinping tetapi ditarik balik oleh presiden itu.

Kejadian itu berlaku pada penghujung kongres Parti Komunis yang berlangsung selama seminggu, yang menyaksikan  Xi Jinping mengukuhkan kedudukan sebagai pemimpin paling berkuasa di China sejak pemerintahan Mao Zedong.

Pada hari pertama kongres, Jintao berjaya memasuki dewan hanya dengan bantuan seorang pegawai dan pada hari berkenaan, beliau kelihatan sangat lemah.

“Pemberita Xinhuanet, Liu Jiawen memaklumkan bahawa Jintao berkeras untuk menghadiri sesi penutup walaupun dia mengambil masa untuk pulih baru-baru ini.

“Apabila dia tidak sihat semasa sesi itu, kakitangannya menemaninya ke bilik bersebelahan tempat mesyuarat untuk berehat. Kini, kesihatannya jauh lebih baik,” lapor Xinhua di Twitter. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker