Hadi dihalang masuk Sarawak, tanya Abang Jo – Sim

Hadi dihalang masuk Sarawak, tanya Abang Jo – Sim

Persoalan sama ada Presiden PAS Abdul Hadi Awang dihalang memasuki Sarawak hanya boleh dijawab Premier Sarawak Abang Johari Abang Openg, kata timbalannya, Dr Sim Kui Hian.

Sim berkata, ini kerana hanya Abang Johari mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana individu daripada memasuki Sarawak.

“Tetapi bagaimana anda tahu beliau belum lagi mengambil tindakan itu (menghalang Hadi masuk Sarawak),” katanya menurut Borneo Post.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendiriannya sama ada Hadi perlu dihalang daripada menjejakkan kaki ke Sarawak susulan kenyataan kontroversinya yang didakwa berbaur perkauman berkaitan isu rasuah di mahkamah.

Pada 20 Ogos lalu, Hadi mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah kumpulan majoriti perosak politik dan ekonomi negara.

Dakwaan itu kemudian mencetuskan polemik antara pelbagai pihak yang menyaksikan 28 laporan dibuat terhadapnya dan polis sudah mengambil keterangan Ahli Parlimen Marang itu baru-baru ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian. FMT

Hadi dihalang masuk Sarawak, tanya Abang Jo – Sim


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker