Mahu berunding atau bermusuh, Anwar tanya pembangkang

Mahu berunding atau bermusuh, Anwar tanya pembangkang

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi menyeru pembangkang untuk berunding dengan pemerintah agar isu peruntukan Ahli Parlimen boleh diselesaikan secepat mungkin.

Anwar bertegas tidak menolak prinsip memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang sepertimana yang diberi kepada wakil rakyat pemerintah, namun sehingga hari ini beliau hanya berdepan permusuhan.



“Itu pendirian saya sejak dulu tetapi proses rundingan belum berlaku. Yang ada ‘proses permusuhan’. Jadi saya usul mulakan proses rundingan,” katanya di Dewan Rakyat.

“Kalau cepat selesai, cepat lulus. Kalau selesai esok, lusa kita boleh lulus,” tambahnya.

Anwar menjawab soalan Shahidan Kassim (PN-Arau) berhubung cadangan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin, yang mencadangkan kerajaan memberikan sekurang-kurangnya RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen yang kawasan dilanda banjir, bagi membolehkan mereka menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan masing-masing.

Semalam, perdana menteri mahu Perikatan Nasional merenung kembali pemberian kepada wakil-wakil rakyat pembangkang di negeri yang ditadbir gabungan itu.



“Kalau dia kata zalim (bila) orang tak beri (kepada wakil rakyat pembangkang), dia tak beri di negeri-negeri dia, (itu) kategori macam mana?” katanya.

Sebelum ini, beberapa wakil rakyat PN mengkritik Belanjawan 2023 baharu kerana didakwa tidak menyediakan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menepis kritikan PN, mengingatkan bahawa hanya pentadbiran Ismail Sabri Yaakob memberikan peruntukan sama rata kepada pembangkang, selepas pemerintah dan PH memeterai perjanjian persefahaman untuk memupuk kestabilan. FMT

Mahu berunding atau bermusuh, Anwar tanya pembangkang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor



Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker