Keane gesa pemain Man United menyorok dalam gua

Bekas pemain Manchester United, Roy Keane menyelar prestasi bekas pasukannya ketika kekalahan 7-0 di tangan Liverpool di Anfield.

Keane gesa pemain Man United menyorok dalam gua

Roy Keane menyelar Manchester United selepas kekalahan 7-0 yang memalukan di tangan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield.

The Reds meledak enam gol di babak kedua untuk membelasah skuad kendalian Erik ten Hag yang hanya tewas sekali dalam 22 perlawanan sebelum ini.

Bekas pemain United yang kini menjadi pengulas sukan itu berkata, pemain-pemain tidak mempunyai semangat juang dan patut merasa malu.

“Ia hari yang sangat teruk, amat mengejutkan. Permainan sudah berakhir di awal babak kedua.

“Pemain-pemain senior amat memalukan. Mereka tidak menunjukkan kemahiran sebagai pemimpin. Mengejutkan. Hari yang sukar buat United.

“Mujurlah saya bukan sebahagian daripada pasukan yang dibelasah sebegitu teruk ketika di United.

“Pemain-pemain sepatut berasa malu. Ketika cabaran semakin sukar, mereka terus hilang. Mereka tidak menunjukkan maruah, atau semangat juang.

“Pemain-pemain bintang, yang kami bentuk, semuanya mengecewakan. Jika dibelasah enam atau tujuh, anda patut menyorok beberapa hari.

“Saya akan menghilangkan diri untuk beberapa bulan. Saya tidak tahu nak kata apa, saya amat terkejut,” kata Keane.

Pengulas itu begitu yakin pasukannya akan menang dan hampir ketawa apabila rakan pengulasnya, Graeme Souness meramalkan kemenangan tuan rumah.

Keane turut melabelkan persembahan penjaga gol, David De Gea sebagai budak sekolah, manakala Gary Neville berang dengan prestasi bekas pasukannya, terutama Bruno Fernandes.

“Babak kedua amat memalukan dan kucar-kacir. Ia berpunca daripada kapten Bruno Fernandes.

“Ia bukan persembahan atau semangat yang biasa mereka pamerkan. Ten Hag akan menanganinya seperti yang dilakukan dalam situasi sukar sebelum ini,” kata Neville. BH

Keane gesa pemain Man United menyorok dalam gua

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker