Anwar heret Awang ke mahkamah
Anwar heret Awang ke mahkamah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengheret Ahli Parlimen pendang Awang Hashim ke mahkamah atas dakwaan fitnah.
Peguam Anwar, Sankara Nair memfailkan saman fitnah tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Saman itu berhubung dua dakwaan – dakwaan yang Anwar memiliki sikap dendam yang lebih teruk daripada Dr Mahathir Mohamad dan dakwaan berkenaan keabsahan pelantikan Anwar sebagai perdana menteri kesepuluh.
Menurut salinan pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa defendan, iaitu Awang, membuat kenyataan yang didakwa bersifat fitnah kepada media di lobi Parlimen pada 21 Februari lalu.
Dia mendakwa walapun surat tuntutan telah diberikan kepada Awang pada 21, 24 dan 28 Februari agar dia menarik balik kenyataan, memohon maaf dan membayar ganti rugi, ahli parlimen PAS itu membalas surat tersebut pada 27 Februari dan 2 Mac untuk menolak tuntutan tersebut.
Dakwanya lagi, ketika sidang Parlimen pada 27 Februari, Awang tanpa rasa kesal mengeluarkan beberapa kenyataan lain, termasuk menyifatkan Anwar sebagai “Bapa Saman Negara”.
Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan ketika sidang Dewan Rakyat dilindungi oleh hak keistimewaan Parlimen dan tidak menjadi dasar kepada tindakan sivil oleh Anwar ini.
Dalam saman ini, Anwar antara lain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.
Anwar juga menuntut injunksi mahkamah untuk menghalang defendan daripada terus membuat kenyataan bersifat fitnah, faedah lima peratus daripada jumlah ganti rugi yang ditetapkan mahkamah, bermula dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh, kos dan relif lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.
Awang memberitahu dia masih belum menerima makluman berkenaan saman ini. Mk
Anwar heret Awang ke mahkamah
Baca Artikel Menarik:
- Bendahari Agung Bersatu direman SPRM
- Duit datang dari mana?, Mahathir soal Anwar
- Fasha Sandha kena belasah?
- Mukhriz jilat ludah sendiri bila memohon menyertai PN
- Ketua Pemuda UMNO kena bawah 40 tahun – Dr Akmal
- Tengku Zafrul kini Ketua UMNO Bahagian Kota Raja
- SPRM tahan Profesor atas dakwaan penyelewengan
- Bekas kekasih dapat suami botak buat lelaki puas hati
- Lelaki tepuk punggung lembu jatuh terbelit tali
- Rumah teres jadi ‘port’ bangunkan laman sesawang, judi dalam talian diserbu
- Banjir Johor: TMJ dan Raja Muda turun santuni rakyat
- Banjir Johor: 42 kampung dan taman perumahan di Kluang tenggelam [VIDEO]
- Wanita muda akui bahagia kahwini lelaki tua
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah
Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam