Peruntukan segera RM50 juta untuk banjir Johor diluluskan PM

Peruntukan segera RM50 juta untuk banjir Johor diluluskan PM

Kerajaan meluluskan peruntukan segera RM50 juta untuk Johor susulan bencana banjir yang disifatkan terburuk pernah melanda negeri itu.

Kelulusan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar, bagi tujuan melaksanakan kerja baik pulih infrastruktur yang rosak disebabkan bah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Qaryah Serdang di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini.

Berdasarkan data terkini, jumlah mangsa banjir di Johor menunjukkan sedikit perubahan apabila menurun daripada 33,149 penduduk pada jam 8 pagi tadi, kepada 32,719 setakat jam 12 tengah hari ini.

Jumlah terkini itu membabitkan 9,253 keluarga yang kini ditempatkan di 218 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di semua 10 daerah di Johor yang terjejas banjir.

Terdahulu, Perdana Menteri menyertai kira-kira 1,500 jemaah termasuk kakitangan dan pelajar UPM menunaikan solat Jumaat itu.

Beliau yang diiringi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari, tiba di pekarangan masjid berkenaan kira-kira jam 1.35 tengah hari. BH

Peruntukan segera RM50 juta untuk banjir Johor diluluskan PM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker