Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Puteri Sarah harap diceraikan Syamsul Yusof

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

“Saya harap akan dilepaskan (diceraikan). Itu harapan saya”.

Demikian kata pelakon Puteri Sarah Liyana tentang harapannya berhubung keputusan sebutan pertama kes perceraian yang difailkan ke atas suaminya, iaitu pengarah Syamsul Yusof pada 7 Mac nanti.

Ujar Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, dia sudah berfikir panjang dan telah membuat keputusan untuk mengakhiri perkahwinannya bersama Syamsul dan berharap akan diceraikan secara baik pada 7 mac nanti yang juga jatuh pada tarikh ulang tahun perkahwinannya yang kesembilan.

“Saya memang berharap akan dilepaskan oleh suami. Andai itulah takdirnya, jadi saya boleh ‘move on’.

“Pada 7 Mac ini juga, kalau boleh keinginan saya untuk diceraikan 100 peratus memihak pada saya nanti,” kata Sarah.

Enggan berdepan proses panjang di mahkamah, ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga mengharapkan kerjasama sebaik-baiknya daripada pihak suaminya.

“Kalau boleh saya harap pihak sana dapat berikan kerjasama yang baik. Jadi masing-masing boleh bawa haluan sendiri selepas ini,” jelasnya.

Menguatkan lagi keputusannya untuk dilepaskan, Sarah juga sudah pun melakukan solat istikharah ketika berada di Mekah bagi memohon petunjuk daripada Allah SWT dan yakin dengan keputusan yang sedang dibuat.

Biarpun tidak mendapat sebarang mimpi (petunjuk), namun hatinya berasa tenang selain urusannya dipermudahkan.

“Ketika saya berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini, memang saya ada buat solat istikharah untuk meminta petunjuk.

“Walaupun tidak mendapat petunjuk melalui mimpi, tapi hati saya tenang dan urusan saya untuk membuat keputusan itu dipermudahkan Allah SWT,” ujarnya usai sidang media drama bersiri terbaharu lakonannya, Andai Itu Takdirnya di Dadi Cinema, Kuala Lumpur, semalam.

Berhubung soal hak penjagaan dua orang anaknya pula, Sarah tiada masalah dan menyerahkan urusan tersebut kepada peguamnya untuk berbincang dengan peguam Syamsul.

“Soal hak penjagaan anak, dia pun tahu saya memang nak menjaga kedua-dua anak saya. Bila saya bekerja, keluarga saya dan keluarga mentua akan gilir-gilir menjaganya. Hubungan saya dengan mereka (keluarga mentua) juga sangat baik.

“Mereka juga tahu dan faham. Walaupun berat untuk mereka lepaskan saya, tapi saya telah berjanji untuk menjaga hubungan baik dan tidak akan memisahkan cucu-cucunya,” kata Sarah.

Terdahulu, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac 2023 sebagai tarikh sebutan pertama bagi kes perceraian yang difailkan Sarah terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Pada awal Januari lalu, Syamsul menggemparkan dunia seni tanah air apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira di Thailand Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapanya yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi. K Online

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker