Banjir Johor: TMJ dan Raja Muda turun santuni rakyat

KLUANG – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan melawat mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Muda Johor, Tunku Iskandar.

Tunku Ismail dan anakandanya itu melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Batu 3 dan Dewan Syarifah Azizah di sini.

Baginda turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang ditempatkan di PPS terbabit.

Situasi banjir di negeri Johor semakin buruk apabila jumlah mangsa terus mencatatkan peningkatan mendadak kepada 9,162 mangsa yang ditempatkan di 90 PPS

Segamat mendahului senarai jumlah mangsa banjir tertinggi dengan seramai 2,570 daripada 767 keluarga dipindahkan diikuti Johor Bahru (1,888 mangsa daripada 609 keluarga) dan Kota Tinggi (1,654 mangsa daripada 404 keluarga).

Sementara itu, di Kluang, seramai 1,418 penduduk daripada 409 keluarga diikuti Tangkak (963 penduduk daripada 179 keluarga) dan Kulai (713 penduduk daripada 190 keluarga).

Jumlah mangsa banjir di Pontian adalah seramai 56 penduduk daripada 17 keluarga diikuti Mersing (44 penduduk daripada 14 keluarga) dan Tangkak (22 penduduk daripada lima keluarga)

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker