Ada apa dengan pembatalan kuliah Azhar Idrus?

Ada apa dengan pembatalan kuliah Azhar Idrus?

oleh Mohd Fauzi Faddzil

Kerajaan Selangor sekali lagi diserang oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tuduhan kononnya sengaja memusuhi usaha dakwah.



Sebelum ini Yang Dipertua PAS Bangi menuduh kerajaan Selangor gagal mengimarahkan masjid dan surau seperti yang pernah ‘mereka’ lakukan.

Baru-baru ini kuliah Azhar Idrus di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong – yang sepatutnya diadakan pada 26 Feb – dibatalkan atas arahan Jabatan Agama Negeri Selangor (Jais).

Situasi itu mengundang cemuhan dan fitnah pihak tertentu terhadap kepimpinan kerajaan negeri.

Pembatalan ‘kuliah’ Azhar bukan saja berlaku di Selangor. Kuliahnya sebelum ini pernah dibatalkan atas perintah pihak berkuasa agama di Kelantan pada 2011 dan Terengganu pada tahun 2018.



Ia bukan sesuatu yang ganjil kerana kuasa membatalkan kuliah oleh pihak berkuasa agama sesebuah negeri (termasuk Selangor) terpakai kepada semua pihak tanpa mengira status dan latar belakang.

Mohd Asri Zainul Abidin selaku Mufti Perlis juga pernah menghadapi dakwaan pihak berkuasa agama Selangor kerana isu mengajar agama tanpa tauliah.

Justeru tindakan Jais tidak boleh dianggap terpilih atau cuba menganiaya usaha dakwah di Selangor.

Pihak Azhar pula tidak boleh menganggap memiliki keistimewaaan berbanding pendakwah lain. Malah dia perlu sedar bahawa di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.



Seseorang yang ingin melakukan aktiviti dakwah perlulah menghormati peraturan dan undang-undang setempat.

Pada masa sama perlu diketahui tiada halangan ke atas mana-mana pendakwa untuk memohon tauliah kepada Jais. Borang permohonan pun boleh diperolehi secara atas talian.

Seseorang yang menerima tawaran mengajar di Selangor sedangkan mereka tiada tauliah harus sedar bahawa ia adalah suatu kesalahan

Justeru janganlah menyalahkan pihak lain atas kegagalan mengadakan kuliah. Di pihak berkuasa pula tidak wajar untuk mereka dituduh menghalang kegiatan dakwah.



Menyalahkan kerajaan Selangor dalam isu ini – ketika negeri lain juga mempunyai undang-undang yang sama – juga menunjukkan tuduhan terpilih. Atau sebenarnya adakah mungkin tuduhan tersebut adalah usaha terancang untuk mencemarkan imej kerajaan Selangor?

Persoalan itu difikirkan kerana Dewan Undangan Negeri Selangor bakal dibubarkan sekitar Jun nanti. Mk

Ada apa dengan pembatalan kuliah Azhar Idrus?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)



Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker