Potong kemaluan teman lelaki ugut sebar video lucah

Potong kemaluan teman lelaki ugut sebar video lucah

Seorang wanita Indonesia didakwa memotong kemaluan teman lelakinya selepas berang berikutan lelaki itu mengugut untuk membocorkan video seks mereka berikutan keengganannya melakukan hubungan intim.

Menurut laporan media Indonesia, kisah tragik itu berlaku di sebuah hotel di Kota Sibolga, Sumatera Utara pada 25 Februari lalu.



Menurut polis, lelaki berusia 28 tahun itu mahu melakukan hubungan seks dengan wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai AST, namun dia menolak kerana ‘tiada mood’.

Bagaimanapun, lelaki yang hanya dikenali sebagai OG itu kemudian mengugut untuk menyebarkan video hubungan intim mereka.

Ketua Polis Sibolga, Taryono Rajarja, berkata pasangan itu difahamkan berkenalan sejak tujuh bulan lalu.

“Apabila dia (lelaki itu) bersedia untuk mandi, suspek melakukan serangan. Dia mengambil pisau milik lelaki itu dan memotong kemaluannya,” katanya.



Penyambut tetamu di hotel itu, Evi Wahyuni Siregar, berkata wanita berusia 28 tahun itu mendekatinya untuk mendapatkan bantuan selepas melakukan serangan itu.

Katanya, mangsa dilihat meraung kesakitan dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital berhampiran.

Wanita itu ditahan polis, tetapi masih belum didakwa kerana polis berkata mereka sedang menunggu untuk menemubual mangsa. BH

Potong kemaluan teman lelaki ugut sebar video lucah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat



Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker