Bank diminta tambah duit RM10, RM20 di ATM

Bank diminta tambah duit RM10, RM20 di ATM

Orang ramai berpandangan agar pihak bank meningkatkan jumlah tunai bernilai RM10 dan RM20 di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebagai usaha membantu rakyat yang mempunyai masalah kewangan.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata orang ramai bersetuju dengan perkara terbabit.



“Mesin ATM yang tidak ada RM10 dan RM20 adalah penindasan untuk orang susah. Lebih lima orang dalam masa 10 minit keluar daripada kiosk ATM dengan kekecewaan,” kata pelabur bijak di Twitter.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna turut meluahkan perkara sama.

“Ingat semua orang ada beratus ke dalam bank. Aku pernah lalui. Beratur punya lah panjang, sekali bila tekan dia suruh masukkan jumlah yang lebih besar.

“Tahu tak betapa remuknya hati. RM20 itu pun duit juga tau, sepatutnya kena banyakkan,” ujarnya.



Sementara itu, seorang lagi pempengaruh di Facebook Cikgu Fadhli Salleh juga mengakui pihak bank perlu perbanyakkan mesin ATM yang mempunyai tunai RM10 dan RM20.

“Bagi yang melalui sedihnya cucuk kad keluar kad akan faham. Pernah lalui saat begini,” luahnya. K Online

Bank diminta tambah duit RM10, RM20 di ATM

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’



Zarina jawab tuduhan Khazrul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker