Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi

Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi

Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib, mengesahkan akan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi pada pemilihan parti itu Mac depan.

Beliau yang juga ahli UMNO Langkawi, yakin diterima baik di peringkat akar umbi bahagian berkenaan selepas sudah mengadakan pertemuan dengan lebih 70 peratus daripada 103 cawangan di Langkawi.

“Kalau tak dapat sokongan akar umbi, saya takkan bertanding ketua bahagian di Langkawi. Saya bertanding sebab rasa kebanyakan daripada 103 cawangan yang ditemui memberi sokongan penuh. Itulah sebab saya menawarkan diri.

“Dan itu juga mesej kepada seluruh bahagian-bahagian bahawa anak muda boleh bersama UMNO, tak ada masalah. Kalau orang berkaliber yang boleh menjadi aset kepada UMNO, UMNO bersedia untuk memberi perubahan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengenalan Calon-Calon Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Peringkat Negeri Kedah di Pejabat UMNO Negeri di sini, hari ini.

Mohd Nazifuddin sebelum ini turut dilaporkan menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, UMNO Langkawi memerlukan pimpinan orang muda bagi membawa perubahan kepada pulau itu termasuk menyelesaikan isu-isu yang belum diselesaikan oleh pimpinan terdahulu terutama berkaitan pelancongan selepas Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).

Katanya, kehadiran beliau di Langkawi adalah untuk membantu bahagian itu yang pernah menjadi kubu kuat UMNO sebelum ini.

“Selepas Ketua UMNO Bahagian Langkawi, (Datuk Nawawi Ahmad, 61,) meninggal dunia (tahun lalu) dan apabila berlaku kekosongan, ramai yang mencari saya kerana mereka faham Langkawi memerlukan anak muda yang biasa dengan platform antarabangsa untuk bawa Langkawi ke arah yang lebih maju sebagai satu pulau pelancongan,” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau yakin akan diberi laluan mudah untuk menang dalam merebut jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia memandangkan beliau adalah anak bekas Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin berkata, beliau tidak menjangkakan semudah itu.

Katanya, beliau tetap perlu bekerja kuat dan bersedia menerima sebarang kemungkinan termasuk kalah dalam pemilihan itu kelak.

“Saya tahu saya di luar daripada sistem, tak kisah saya anak Datuk Seri Najib kerana kemungkinan saya pun boleh kalah atau menang.

“Jadi saya menghormati proses pemilihan dan berterima kasih kepada Perhubungan UMNO negeri kerana berikan saya peluang untuk kenalkan diri saya kepada semua perwakilan seluruh negara,” katanya. BH

Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?

Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker