Kereta rempuh penghadang jalan, pegawai polis putus kepala

Kereta mangsa merempuh penghadang jalan sebelum melanggar tiang elektrik. – Thaiger

 

Seorang pegawai polis di Thailand maut dalam satu kemalangan jalan raya selepas kereta sedan yang dipandunya merempuh penghadang jalan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Mayat Naphatrapee Worawongwaylarath, 30, dari Balai Polis Wilayah Chainart ditemui dalam keadaan kepalanya terputus dari badan selepas tertusuk penghadang jalan sepanjang 10 meter.

Kereta sedan Honda Civic berwarna hitam milik mangsa yang remuk ditemui di lorong sebelah kiri jalan.



Menurut akhbar Thairath, kemalangan itu berlaku pada pukul 12.15 tengah malam (waktu tempatan) di Jalan Phahonyothin di hadapan Sekolah Wat Laem, wilayah Chai Nat.

Ketika kejadian, Naphatrapee dikatakan memandu laju selepas pulang bekerja. Dia cuba memotong kereta lain di hadapan, namun hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.

Rempuhan itu menyebabkan penghadang jalan tersebut teralih dari tempatnya. Kereta itu berpusing di jalan sebelum merempuh tiang elektrik berhampiran dan berhenti. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)



Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker