Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)
Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)
Hubungan pelakon Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey masih tegang. Malah, mereka dilihat saling memerli tingkah laku antara satu sama lain di media sosial.
Menerusi sesi Live yang dibuat oleh Khazrul di TikTok, dia menegur Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa sebagai Anju menjaga mulutnya apabila berbicara kerana mengatakan dia seperti seorang lelaki yang suka mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsunya.
Ujarnya lagi, dia tahu mana yang halal dan haram kerana memiliki anak perempuan dan tidak mahu tunjuk perangai yang tidak baik di hadapan anaknya itu.
Tolong lah jaga mulut you. You tengok lah muka i ni betul-betul. I ni bukannya lelaki yang mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu semua.
Eh i ada anak perempuan, kalau i buat benda-benda tak elok dalam rumah ya Allah mana i nak letak muka sebagai seorang ayah kepada anak. Anak i dah besar dan tahu benda maksiat semua. Daddy dia pun tak kahwin lagi. Dia kalau boleh kita elakkan perkara yang mendatangkan maksiat.
Dalam pada itu, bekas tunang Anju mengakui mereka pernah berdua-duaan dalam satu rumah, namun dia mengambil keputusan untuk tidur di hall kerana enggan sebilik bersama pelakon terbabit.
Tambahnya, Anju kurang setuju dengan perkara berkenaan dan mula merajuk. Lebih mengejutkan, Khazrul menceritakan bahawa mereka pernah tidur bersebelahan di atas katil, namun tidak melakukan apa-apa.
Masa berlaku kejadian tu, pagi tu dia dah mengamuk sebab tengok i tak ada dalam bilik. I dekat hall i tidur , dia pun cakap ‘kenapa you dah tak sayang i ke?’. I cakap ‘bukan i tak sayang you, i kena tidur luar you tidur lah kat bilik. Kalau you tak nak tidur dalam bilik, you tidur dalam bilik Pova.’
Kita kena control sebab masing-masing mempunyai nafsu. Saya sebagai seorang bapa kepada Julia saya kena tunjukkan perangai yang baik. I cakap ‘i sayang you tak tapi tak semestinya i kena tidur dengan you’.
Saya mengaku kami tidur sebelah-sebelah tapi tak buat apa-apa pun. Nak sangat tidur sangat sebelah-sebelah. I pening lah. Kalau boleh jangan lah datang rumah i. Jadi bila dah jadi macam tu, waktu Subuh tu saya bangun nak solat Subuh, i nampak bantal panjang tu dah jatuh ke bawah. I pun angkat lah bantal tu i letak sebelah dia.
Video penjelasan
[videopress UtjCV9av] [videopress igeQr75c] [videopress mpS3dehY]Sumber : NaddssLegacy
Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Zarina, Khazrul gaduh kerana pagar RM100,000
- Netflix turunkan harga langganan
- Tiga jawatan Naib Presiden UMNO masih kosong
- Adam Radlan didakwa minta, terima rasuah 3.5 hingga 7 peratus nilai projek
- Muhyiddin dakwa Zahid dalangi pendakwaan
- Wan Saiful minta dibicarakan dakwaan terima rasuah RM7 juta berkait Jana Wibawa
- Saya tak rujuk Zahid pun nak bertanding Ketua Wanita – Shahrizat
- Penghuni terkejut serpihan meteorit jatuh di balkoni rumah
- PAS Marang serah replika pedang, berkait perarakan HIMPIT kepada polis
- Beberapa SST Jana Wibawa libat ahli keluarga pemimpin politik
- Rumah PM dimasuki ular tedung hitam
- Dahlia Rizal Dakwa Diusik Pihak Polis
- Tuan Ibrahim dakwa BN ‘tiada reda’ Allah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nasi lemak janda muda tepi jalan laris