Muhyiddin dakwa Zahid dalangi pendakwaan

Muhyiddin dakwa Zahid dalangi pendakwaan

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyatakan rasa kesal dan sedihnya susulan pendakwaan rasuah ke atas ketua penerangannya, Wan Saiful Wan Jan dan seorang lagi pemimpin lain, hari ini.

Malah, bekas perdana menteri itu juga mendakwa pendakwaan yang dibuat terhadap Bersatu itu didalangi oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya rasa sedih kerana buat pertama kali Bersatu di bawa ke mahkamah.

“Kalau saudari ingat apa kenyataan yang dikeluarkan Presiden Umno (Ahmad Zahid), dia kata sekarang ini dia tuduh kami kluster mahkamah dan selepas ini akan adalah satu kluster baru, mahkamah juga.

“Itu dah macam satu perkara yang dah awal-awal pendakwaan.

“Jadi, apa yang berlaku adalah satu perkara yang saya fikir sebagai presiden Bersatu yang dirancang dan terancang,” kata pengerusi PN itu ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu, seterusnya menjelaskan bahawa setiap parti memerlukan dana untuk beroperasi dan ini termasuk dana daripada penyokong korporat. Mk

Muhyiddin dakwa Zahid dalangi pendakwaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker