Pihak berkuasa teruskan siasatan Pandora Papers – Anwar

Pihak berkuasa teruskan siasatan Pandora Papers – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan beberapa individu dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkait siasatan Pandora Papers.

Anwar memberitahu Dewan Rakyat, pihak berkuasa dan badan yang terbabit – SPRM, LHDN, Bank Negara Malaysia (BNM) serta polis – sedang menunjukkan kesungguhan mereka mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana ahli politik disebut dalam laporan berkenaan.



“Semua yang lari daripada cukai, yang melanggar daripada undang-undang itu sedang disiasat, dan beberapa tindakan sudah pun diambil.

“(Tetapi) sebelum pendakwaan dibuat saya tak boleh beri penjelasan lebih daripada itu, namun saya beri jaminan dari sudut badan-badan yang telah melapor kepada saya, arahan daripada saya itu jelas.

“Jangan ambil sambil lewa tindakan ini dan biarlah ia sebagai pengajaran dan negara tidak mampu lagi mengizinkan hal ini diteruskan,” katanya menjawab soalan tambahan Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian).

Pandora Papers, diterbitkan pada 2021 mendedahkan transaksi golongan elit dan korup menyembunyikan aset bernilai beberapa trilion dolar AS dalam pelbagai akaun luar pesisir.



Mereka dilapor mengambil langkah tersebut, antara lain bertujuan mengelak membayar cukai.

Antara pemimpin politik tempatan disebut dalam laporan itu melibatkan Tengku Zafrul Aziz; Yamani Hafez Musa; Ahmad Zahid Hamidi; Daim Zainuddin; dan Pengerusi Eksekutif Westports G Gnanalingam. FMT

Pihak berkuasa teruskan siasatan Pandora Papers – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang



Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker