Berkhalwat dengan rakan baik suami, ibu 2 anak ditahan

Berkhalwat dengan rakan baik suami, ibu 2 anak ditahan

MELAKA: Seorang wanita berusia 29 tahun ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki 61 tahun yang juga rakan suaminya di sebuah rumah di Semabok, di sini, awal pagi tadi.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, berkata ibu dua anak dan pasangannya ditahan dalam serbuan jam 1.05 pagi dan ketika pemeriksaan, wanita itu mengaku suaminya berusia 38 tahun tiada di rumah kerana bekerja malam sebagai pengawal keselamatan di Batu Berendam.

“Wanita itu mengaku hanya dia bersama dua anak, masing-masing berusia tiga tahun dan tiga bulan berada di rumah bersama rakan sekerja suaminya itu.

“Lelaki itu pula mendakwa sudah enam bulan menetap di situ kerana baru dapat kerja di syarikat kawalan keselamatan, tempat kerja sama dengan suami wanita terbabit,” katanya selepas menyertai Op Gelenyar bersama lima agensi di kawasan etnik Rohingya di Semabok, di sini, semalam.

Operasi turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Shadan Othman, anggota Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Che Sukri berkata, pasangan warga tempatan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman hingga mendatangkan syak.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali. BH

Berkhalwat dengan rakan baik suami, ibu 2 anak ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker