Jangan ‘koyak’ Rayer, Siti Mastura

Jangan ‘koyak’ Rayer, Siti Mastura

Pendatang baharu di Dewan Rakyat iaitu Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad berjaya menunjukkan tahap keyakinan tinggi apabila tidak goyah walaupun cuba diprovok oleh Ahli Parlimen yang lebih senior terutama daripada kerajaan.

Malah beliau yang mewakili Perikatan Nasional sempat menempelak Ahli Parlimen lain agar tidak ‘koyak’ apabila berkeras tidak memberi peluang untuk mencelah ketika beliau sedang membahaskan Titah Diraja hari ini.



Siti Mastura ketika itu sedang membangkitkan isu ekplotasi wanita di media sosial yang keterlaluan sebelum Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer cuba mengganggu beliau.

“Apakah pendirian Menteri Komunikasi dan Digital berkenaan isu buli tiga ‘TikTokers’ wanita yang berdepan serangan maklumat peribadi, ‘body shaming’.

“Dalam hal ini, kita harap kementerian tidak menunjukkan dwistandard walaupun mereka ini adalah ‘TikTokers’ yang menyokong Perikatan Nasional (PN),” katanya ketika berbahas.

Tidak berpuas hati dengan tindakan Siti Mastura yang enggan membenarkan celahan, Rayer bangun dan mendakwa ucapan Ahli Parlimen Kepala Batas itu melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.



“Peraturan 36(12) menyebut mana-mana Ahli Dewan yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Dewan.

“Yang Berhormat sendiri pernah menggunakan TikTok untuk mengeluarkan perkataan berbentuk perkauman. Betul tidak? Jangan mengelirukan Dewan,” katanya.

Ketika itu, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang lain tampil mempertahankan Siti Mastura dan bersuara bahawa Rayer hanya cuba mengganggu ucapan Mastura.

Bagi menenangkan keadaan, Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong meminta semua Ahli Berhormat bertenang dan meminta Siti Mastura meneruskan ucapannya.



“Panas tak apa tapi jangan koyak,” kata Siti Mastura sejurus menyambung ucapannya.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan berbentuk sindiran itu, Rayer bangkit lagi sambil mencabar Siti Mastura untuk memintas penjelasan.

“Yang koyak siapa, yang koyak siapa?,” soal Rayer.

Namun Siti Mastura yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Pulau Pinang meneruskan ucapannya tanpa menghiraukan suara Rayer yang semakin tinggi.



Sindiran berkenaan menyebabkan beberapa Ahli Parlimen kerajaan lain terus mengganggu perbahasan Ahli Parlimen Kepala Batas itu, sebelum Alice sekali lagi meminta semua pihak duduk dan menghentikan gangguan itu.

“Sesiapa yang ingin rehat, sila keluar. Jangan bising,” kata Alice secara sinis, sebelum keadaan Dewan kembali tenang. MG

Jangan ‘koyak’ Rayer, Siti Mastura

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta



Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker