Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Pelakon berbakat, Puteri Balqis meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir krew produksi yang didakwa memberi layanan dingin terhadap dirinya dan pengurus, Farris.

‘Industri Malaysia makin kejam’



Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish menyifatkan industri seni di Malaysia agak kejam dan ada segelintir daripada produksi hanya melayan mereka dengan baik sekiranya mahukan sesuatu pertolongan.

Industri Malaysia makin lama makin kejam dan sampah. Bila nak, siang malam call suruh batalkan yang lain. Masa itu lah keluar semua ayat manis, kenal Aqish dari kecil. Kenal mak dia dari zaman muda. Bila tiba masa shoot, Farris tanya elok-elok, semua diam. Palau Farris seolah dia tak ada perasaan. Walhal dia cukup sopan bercakap dengan semua production. Buat Farris seperti anjing kurap.

Bukan itu sahaja, Aqish juga seakan memberi bayangan tidak bersetuju apabila ramai pihak yang mengendahkan isu masalah di tempat produksi. Malah ada yang sentiasa menyalahkan barisan pelakon sedangkan masalah tersebut berpunca daripada pihak produksi itu sendiri.

Pelakon tak datang set sebab production tak ok, viral satu Malaysia Production buat pelakon macam sampah, diam semua. Skrip sekarang bertambah sampah, watak utama bagi dekat pelakon lama. Tiba watak sampingan mesti cantik. Kami yang pelakon utama dilumur macam-macam, selagi mahu nak nampak hodoh. Ayat berulang-ulang, kalau boleh nak penuh satu muka surat tapi ia kosong.



‘Tak ada pilih kasih..’

Dalam kesempatan itu, Aqish turut memuji produksi yang dikendalikan oleh pelajar perfileman adalah jauh lebih matang daripada produksi yang sedia di mana mereka tidak memilih kasih dalam melayani barisan pelakon dan krew. Aqish juga berpendapat idea serta karja seni yang dihasilkan pelajar perfileman juga sangat bagus.

Short filem student 1000x ganda lagi gempak idea. Idea semua luar kotak. Skrip tak perlu panjang berjela macam cerita melayu tapi boleh menang award dekat luar. Production yang baik pula, krew dilayan sama taraf dengan pelakon. Tak ada pilih kasih. My respect for them, tapi sayang, suara mereka tak didengar.

Pishang bhai berlakon dekat Malaysia. Harap masih ada production yang bagus. Cuma mungkin jarang jumpa. Dekat belakang ni, kitaorang yang penant kena lumur dengan lumut satu badan. Balik rumah layan movie netflix. 123 movie pun dah kena bayar sekarang.
Sumber: Puteri Balqis



Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai



Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker