Jimat kos jika tempoh haji pendek

 

SAUDARA PENGARANG,

PADA masa ini, purata tempoh menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah ialah 40 hari. Beberapa tahun lalu, kos sebenar menunaikan haji adalah rendah iaitu kurang daripada RM20,000 dan jemaah diberi subsidi. Ini bermakna jemaah perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM10,000 jika mahu mengerjakan ibadah rukun Islam kelima itu.



Kos menunaikan haji secara muassasah pada tahun ini dijangka meningkat kepada lebih RM31,000.

Namun begitu, dengan kenaikan nilai mata wang riyal (SAR) yang semakin tinggi jika dibandingkan dengan ringgit (RM), ini bermakna kos menunaikan haji semakin meningkat. Berdasarkan situasi ini, sudah pastinya sewaan penginapan dan makan minum selama 40 hari juga meningkat.

Tambang penerbangan pergi balik juga mungkin meningkat walaupun tidak ketara termasuk kos-kos pengangkutan lain semasa di tanah suci.

Jadi, wujud kemungkinan untuk pihak Lembaga Tabung Haji (TH) mengkaji semula sama ada tempoh berada di tanah suci wajar dikurangkan seperti mana dicadangkan dalam media, baru-baru ini.



Pandangan saya, mungkin TH boleh memendekkan tempoh ibadah kepada kurang dari 30 hari dengan jemaah boleh berada sekurang-kurangnya lapan hari di Madinah dan selebihnya di Mekah.

Dengan cara itu, kos mengerjakan haji dapat dikurangkan selain memberi peluang kepada lebih ramai jemaah menunaikan ibadah. Bahkan, kerajaan Arab Saudi juga boleh menaikkan kuota berdasarkan kemampuan negara tersebut sekiranya tempoh ibadah dipendekkan. Ini secara tidak langsung memudahkan negara itu menyediakan kemudahan penginapan yang mencukupi dan teratur

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]



Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker