Parti dalam kerajaan perpaduan tidak saling bertanding dalam PRN

Parti dalam kerajaan perpaduan tidak saling bertanding dalam PRN

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, parti-parti dalam kerajaan perpaduan telah mencapai kesepakatan untuk tidak saling bersaing dalam pilihan raya di enam negeri.

Beliau berkata, keputusan itu telah dicapai dalam mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan yang pertama yang dihadiri pemimpin PH dan BN serta diadakan di ibu pejabat UMNO.



Beliau menegaskan, susulan daripada keputusan yang dicapai, semua pakatan politik dan parti dalam kerajaan perpaduan tidak akan saling bersaing dalam pilihan raya negeri yang akan dijalankan.

“Kami akan menghadapi pilihan raya negeri ini dengan semangat kerjasama.

“Susulan persefahaman awal yang ada antara PH dan BN, ini bermakna Negeri Sembilan tidak akan berdepan ketidakstabilan berikutan daripada pilihan raya negeri yang akan dijalankan.

“Kerjasama yang wujud ini sebaliknya akan membawa kestabilan politik kepada Negeri Sembilan,” katanya.



Beliau dipetik Guang Ming Daily sebagai berkata demikian semasa menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Negeri Sembilan.

Anthony berkata, kerajaan perpaduan pada masa ini merangkumi lima pakatan politik dan 20 parti.

“Sejak 2008, tiada seorang perdana menteri pun yang dapat mentadbir negara dengan sokongan majoriti dua pertiga.

“Tetapi kerajaan sekarang mendapat sokongan dua pertiga iaitu 148 Ahli Parlimen menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.



“Oleh itu, boleh dikatakan bahawa kerajaan perpaduan pada masa ini merupakan yang paling kukuh dan kuat sejak 2008,” katanya .

Tambahnya, keutamaan kerajaan perpaduan adalah menambah baik ekonomi. MG

Parti dalam kerajaan perpaduan tidak saling bertanding dalam PRN

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar



Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker