Pelajar cedera dipukul pak guard lalok

Pelajar cedera dipukul pak guard lalok

SHAH ALAM – Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah antarabangsa cedera di kepala selepas dipukul pengawal keselamatan yang dipercayai di bawah pengaruh dadah di lobi sebuah pusat beli- belah di Glenmarie, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30, petang itu, mangsa berusia 17 tahun dan merupakan warga Filipina cedera dipukul menggunakan ‘cement compacter’.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa sedang menyiapkan litar permainan kereta kebal di taman pasar raya itu bersama beberapa individu yang lain.

“Suspek berusia 34 itu mengaku memukul mangsa kerana berhalusinasi pada masa kejadian.

“Siasatan turut mendapati suspek bukan pengawal keselamatan di pusat beli belah itu sebaliknya di lokasi lain. Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek yang berjaya ditangkap di sekitar lokasi kejadian.
Beliau menambah,mangsa yang cedera telah dibawa ke pusat perubatan swasta untuk rawatan lanjut manakala suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. K Online

Pelajar cedera dipukul pak guard lalok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker