Doktor disyaki cabul pesakit kanak-kanak ditahan polis

Doktor disyaki cabul pesakit kanak-kanak ditahan polis

Seorang doktor di Hospital Kemaman, Terengganu, ditahan semalam selepas disyaki mencabul pesakit kanak-kanak perempuan.

Kejadian melibatkan mangsa berusia 12 tahun itu berlaku di wad kanak-kanak hospital itu.

Ketua Polis Terengganu, Rohaimi Md Isa, berkata doktor lelaki berusia 30 tahun itu ditahan 1.50 tengah hari semalam, selepas pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa, pada malam Rabu lalu.

“Mangsa memaklumkan suspek merupakan seorang doktor yang merawatnya, telah membuka baju dan meraba dada serta merakam gambar mangsa melalui telefon bimbit milik suspek. Kejadian berlaku di bilik rawatan wad tersebut,” katanya.

Rohaimi berkata, telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

Katanya, polis percaya terdapat ramai lagi mangsa kanak-kanak perempuan berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar dalam telefon bimbit suspek.

“Siasatan lanjut dijalankan dan rakaman percakapan saksi lain akan diambil sebagai keterangan dalam kes ini,” katanya.

Katanya, suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. FMT

Doktor disyaki cabul pesakit kanak-kanak ditahan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker