Tak elok bila menang lupa janji, Hassan tegur Anwar

Tak elok bila menang lupa janji, Hassan tegur Anwar

Seorang wakil rakyat PKR menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bawah bidang kuasa Parlimen, seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan sejak PRU14.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, memberi amaran rakyat tidak akan mengambil serius ikrar Pakatan Harapan sekiranya kerajaan perpaduan yang dianggotainya tidak tunaikan janji itu.

“Tak elok apabila dah menang lupakan janji. Mungkir janji sekali, sampai bila-bila rakyat tak percaya lagi,” katanya kepada FMT.

Hassan mengingatkan bahawa Anwar sering bercakap tentang tadbir urus dan tata kelola kerajaan yang baik, serta membanteras rasuah, ketirisan, dan pecah amanah.

“Cakap-cakap itu tidak ada makna jika reformasi tidak dilakukan,” katanya.

Hassan salah seorang ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang dilantik Agong bagi tempoh 2021-2024. Jawatankuasa itu diberi peranan untuk menasihati perdana menteri mengenai aspek masalah rasuah dan memeriksa laporan tahunan SPRM, antara lain.

“Maka saya tanpa kompromi menuntut Anwar dan kerajaan perpaduan pimpinannya supaya memenuhi janji PH dalam manifesto pilihan rayanya,” katanya.

Hassan mengulas kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bahawa kerajaan sehingga kini belum berbincang untuk meletakkan SPRM bawah bidang kuasa Parlimen.

Menteri itu ditanya sama ada kerajaan bercadang meletakkan SPRM bawah Parlimen selepas Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin menuduh Putrajaya menggunakan badan anti-rasuah itu sebagai alat politik, bertujuan memusnahkan kredibiliti parti dan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, rakan separti Hassan, William Leong, mempunyai pandangan berbeza.

Ads by Kiosked
Ahli Parlimen Selayang itu berkata, tindakan meletakkan SPRM bawah Parlimen apabila ia masih belum bebas daripada keputusan eksekutif tidak membawa perbezaan dalam memastikan kebebasan agensi itu.

Katanya, ini kerana Parlimen terdiri daripada orang yang sama daripada parti dominan dalam cabang eksekutif.

“Jadi persoalan besarnya di sini adalah sejauh mana bebasnya Parlimen? Kita menganggap SPRM akan menjadi bebas jika diletakkan bawah pantauan Parlimen,” katanya.

“Belum lagi menjadi tradisi (seperti Parlimen lain di seluruh dunia) badan perundangan menjadi (pihak) semak dan imbang yang berkesan terhadap badan eksekutif.”

Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkongsi sentimen yang sama, dengan berkata, ada antara kerja SPRM adalah sulit, dan mesti ada protokol untuk mengekalkan kerahsiaannya sebelum ia diletakkan bawah bidang kuasa Parlimen.

“Untuk mencapai matlamat ini, perjanjian kerahsiaan (NDA) mesti ditandatangani oleh semua Ahli Parlimen. Buat masa ini, tiada dokumen sedemikian,” katanya. FMT

Tak elok bila menang lupa janji, Hassan tegur Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker