Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Biarpun menggalas tugas berat mentadbir negara bukan penghalang bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim curi masa bermain bersama cucu selepas waktu bekerja.

Melalui hantaran video di akaun TikTok Anwar semalam, gelagat beliau bermain bersama cucunya di rumah mencuit hati ramai pengguna media sosial.

Dengan berlatar belakang lagu ‘Apek Lompat’ dari filem Ali Baba Bujang Lapok arahan P. Ramlee, dalam video berkenaan Anwar kelihatan bersahaja melayan kerenah cucu perempuannya bermain dengan kapsyen ‘tenang dengan cucu #balikkerja’.

Rata-rata pengguna media sosial yang menonton video berkenaan mendoakan agar Anwar terus diberi kesihatan dan kesejahteraan yang baik sepanjang menjalankan tugas sebagai pemimpin negara.

“Moga keluarga DSAI sentiasa dirahmati Allah SWT dilindungi selalu. Jaga kesihatan dan keselamatan selalu PMX kesayangan,” kata edzlyabah.

“Comelnya…main dengan cucu, semoga dikurniakan kesihatan baik berpanjangan, Amin,” ujar Alia.

“Walaupun seharian kerja letih macam mana sekali pun masih boleh layan cucu, semoga diberikan kesihatan yang baik,” kata pemilik akaun Kechik.

Video berkenaan kini meraih 288,100 tanda suka dan 9,923 perkongsian di media sosial. K Online

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker