Sissy cakap tak serupa bikin?

Sissy cakap tak serupa bikin?

Insiden dimarahi juri tetap program realiti, Famili Duo, Mas Idayu ketika konsert minggu keenam cukup membekas dalam diri penyanyi sensasi, Sissy Imann.

Larut dengan kekecewaan, Sissy atau nama sebenarnya, Sissy Imann Mohammad Kamil​, 28, membuat keputusan drastik membatalkan majlis pelancaran album solo yang sudah dirancang, selain menjual album berkenaan dengan harga RM20.

Bagaimanapun, tindakan penyanyi Mungkin Kamu itu mengadakan majlis pelancaran album yang dirakamkan di The Abbey Road Studios, London, United Kingdom umpama cakap tak serupa bikin dan gimik murahan semata-mata, baru-baru ini.

Ada yang mempersoalkan keputusan mengadakan majlis pelancaran album seperti menjilat ludah sendiri, Sissy menjelaskan, keputusan melancarkan album dibuat atas kehendak keluarga.

“Ayahanda, bonda, abang dan adik memberi sokongan atas apa yang berlaku. Album ini dihasilkan dengan kos sendiri. Kiranya, ini adalah bisnes keluarga.

“Tak dinafikan, saya tak dapat kawal perasaan disebabkan terlalu kecewa dengan diri sendiri. Sejujurnya, sampai sekarang saya masih terkenang insiden ini.

“Jadi, kalau boleh saya tidak mahu lagi bercerita mengenainya,” katanya.

Mengulas kontroversi yang tercetus membabitkannya dan Mas Idayu sebagai gimik untuk melariskan album, Sissy berkata, apa yang berlaku bukanlah kali pertama dilaluinya.

“Saya ada pengalaman sama sebelum ini, jadi saya sukar mengawal perasaan. Secara kebetulan, banyak tekanan yang terpaksa dihadapi, minggu berkenaan.

“Jika nak kata gimik, sudah tentu tidak. Tetapi, apa yang berlaku ada hikmah. Secara tidak langsung, orang mula tahu mengenai saya.

“Kalau nak buat gimik, lebih baik saya menjual album ini dengan harga RM150. Alang-alang orang simpati, baik gunakan kesempatan ini, jadi tidaklah saya tanggung kerugian,” katanya.

Sissy berkata, dia bersyukur cetakan pertama album sebanyak 1,000 unit licin dijual dalam tempoh yang singkat.

“Saya bercadang menambah 1,000 unit, tetapi harganya tidak sama, kembali kepada harga asal RM50.

“Kos pembikinan album menelan belanja ratusan ribu ringgit, namun saya terlalu terikut emosi ketika membuat keputusan menjual album ini dengan harga murah.

“Selepas insiden malam itu, saya bangun pagi dan nampak album berkenaan.

“Tiba-tiba saya gagal kawal emosi dan melemparkan album ke bawah meja. Selepas perasaan sedih kembali reda, saya kutip semula album dan terus muat naik entri di Instagram (IG) memaklumkan saya nak menjualnya dengan harga RM20,” katanya.

Tambah Sissy, dia buat keputusan tanpa berbincang dengan keluarga.

“Memang keluarga menghalang, tetapi saya sudah pun beritahu pada khalayak mahu menjualnya dengan harga rendah. Jadi, keluarga pun tak boleh buat apa-apa.

“Bagaimanapun, kesedaran mula timbul selepas saya dimarah rakan artis, Shaffiq Erwin yang saya sudah kenal lama. Jualan sebelum ini tidak menguntungkan kerana kos pembikinan amat tinggi.

“Selepas itu, barulah saya rasa menyesal menjual album dengan harga RM20. Walaupun mungkin harga RM50 tidak membawa keuntungan besar, tetapi saya anggap ia sudah memadai,” katanya.

Terdahulu, album Sissy laris selepas dua jam jualannya dibuka kepada umum. Diterbitkan AG Coco, album itu memuatkan enam lagu dihasilkan Sissy sendiri. BH

Sissy cakap tak serupa bikin?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker